Monday, July 27, 2009

Hidangan istimewa Buat 'Orang Lama'

Sebenarnya mama tidak berapa gemar makan kuih2 yg manis2 dari dulu lagi, tetapi sejak dah masuk 30an ni macam suka pulak tapi setakat menjamah sajalah. Kalau dulu langsung tak sentuh. Mama lagi suka kuih yg pedas2. Hari tu nampak ada terlebih soo hoon di rumah so cadanglah nak buat Kuih Talam Tokyo ni. Ni kes pertama kali buat kuih talam. Semasa mengukus mama terlupa nak balutkan tudung dengan kain kasa...... Apa taknya sambil buat kuih sambil masak mee rebus. So lapisan atas kuih tu macam berlekuk2 dek titisan wap air, namun bila dipotong macam cantik pulak seakan2 corak diatasnya. Kebetulan nenek dan mertua mama nak datang ke rumah so org tua2 ni sukalah kuih yg lembut2 macam tuh.

Kuih Talam Tokyo



Untuk Lapisan Bawah :-


1 cawan sagu


1 cawan soo hoon


1/2 cawan kelapa parut


1/2 cawan santan cair



Rendam kesemua bahan kecuali kelapa dan kemudian toskan airnya. Gaul kelapa dengan secubit garam dan satukan dengan sagu dan soo hoon. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Bubuh bahan2 tersebut ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.

Untuk bahan atas :-




2 1/4 cawan santan pekat
1 cawan gula
4 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Campurkan kesemua bahan ini dan kacau agar ianya tidak bergentel. Kalau nak senang bolehlah kita blend agar ianya halus. Tapis di dalam penapis dan bahagikan kepada 2 warna.
Untuk lapisan bawah yg telah siap dikukus, tekan2kan permukaannya agar ianya mampat dan padat. Sama macam kita buat puteri salad ataupun sri muka.


Lapiskan dengan lapisan yg berwarna kuning dan kukus sehingga masak. Keluarkan dan lapis lagi dengan lapisan hijau pula.


Hidangkan bersama secawan teh untuk Ninda dan Bonda Mertua yg tersayang.

















No comments: