Wednesday, July 30, 2008

Kerisik Mudah Dan Cepat

Rasa mama semua orang tahu bagaimana nak membuat kerisik. Kerisik ialah sejenis bahan yang dibubuh ke dalam seseuatu masakan contohnya seperti rendang, korma, pajeri, bubur asyura dan lain-lain lagi masakan yang sewaktu dengannya. Sekarang ini kerisik boleh didapati di kedai-kedai mahupun di pasaraya. Di sini mama nak menunjukkan bagaimana membuat kerisik yang mudah dan cepat.

Kalau dulu, masa mama kecik-kecik, selalu rasa benci sangat nak buat kerisik sebab nak tumbuk berjam-jam barulah keluar minyak dia. Sekarang ni tak lagi. Jam tu nak maak jan tu jugak boleh sediakan kerisik.

Cara yang mudah ialah dengan menjemurkan kelapa tersebut di panas matahari lebihkurang dalam 1 jam. Kalau boleh cuba tutup dengan tudung saji yang berjaring agar tidak dihinggapi lalat. Tujuan kita jemurkan kelapa ini supaya semasa kita menggoreng kelapa ini ia akan cepat garing.

kelapa hendaklah digoreng tanpa menggunakan minyak dengan api yang perlahan
jangan sekali-kali berhenti dari membalik-balikkan kelapa kerana ia akan menjadi hangus


kelapa yang telah bertukar warna perang muda
Apabila kelapa telah bertukar kepada warna perang muda, lalu kita masukkan ke dalam pengisar dan bubuhkan sedikit minyak masak lalu kita kisar sehingga halus


Inilah hasilnya...mudah bukan??????..............






No comments: