Sunday, August 10, 2008

Lunch Yang Sangat Memboringkan...

Kelatnya mata nak bangun pagi nie....... Handphone alarm lak berbunyi. mmmmmm........Apa nak buat breakfast nie ek. Papa dalam bilik air mandi. Eh hujung minggu upanya. Lerrr..... Tido balik ler, tapi tak sampai 5 minit aku nak lelap, papa lak dok goyang2kan badan. Aduh nak apa lak lagi nie. Mmm...... nak pegi main bola pulak katanya lepas solat subuh nie. Lantaklah..... mama nak sambung tidur nie.

Gedebak gedebuk aduhh bising tak senang nak tidur. Keh keh keh...tulah tengok isteri baru tak bangun sehari dah kelam kabut cari jersey, cari stokin, cari kasut bola. Mama buat tak paham jek. Sebenarnya merajuk nie..... ehehe.......

Sedar2 dah pukul 9 pagi. Terus bangun cuci baju, basuh toilet. Mandi.... Fikir apa nak masak. nak call papa tanya dia nak makan apa tak jawab lak. Tak apalah. Cadang nak buat soto. Daging cincang lak tak ada nak buat begedil.

Bila dah tengahari papa called suruh masak udang tapi dia tak balik makan sebab ada lawan bola 9 side. Sukatilah.......

Makan pun dah lambat....... Kakak pun buat muka kelat, tak jawab bila ditanya, tapi hari nie dia jadi camera girl mama untuk sessi masak memasak. Sampai pic kat bawah nie semuapun kakak ambik jugak.


Menu makan tengahari Ahad

Namun Adik cuma makan Ayam Goreng kalsan saja ngan Kicap Tamin...lerrr nape kakak dengki kat Adik amik pic macam tuh. Mana kepala Adik???????

Rupanya senyap2 kakak snap pic mama.....Aduh...kakak nape tak cakap......Nampak tul muka boring mama ...........

Sesungguhnya tengahari tu cuma makan ber2 aje ngan Adik, Kakak disuruh makan tak mahu. Diam aje.... Kakak pun tak ada mood agaknya.

Boring...........!!!!!!

4 comments:

AdorablePrincess<3 said...

ppppppppeeeeeeeewwwwwwwwwiiiiiiiiiit

seksinyaaaa mama!!!

HABA HABA!!!

mama vouge said...

ekekkeekeke......

arZOoo said...

oklah tuh..dari sengsorng jek kan ma...hehehhehehe

mama vouge said...

eheeehheh...ko pun satu bukannak dtang umah aku