Tuesday, July 8, 2008

Black Pepper Crab Buat Puteri Tersayang

Sabtu lepas Papa balik dari outstation dengan sebakul ketam nipah. Itulah yang telah dipesan oleh kakak. Diam-diam kata papa, kakak memesan ketam katanya. So apalagi dia suruh mama masak kegemarannyalah. Kakak memang suka makan ketam selain dari ayam.




2kg ketam nipah


Buka cengkerang ketam dan cuci ketam dengan menggunakan berus gigi khas.

Mama memang menggunakan berus gigi yang memang mama khaskan untuk menggosok kulit dan celah-celah kaki serta sepit ketam bagi membersihkan segala kekotoran

ketam dipotong 2 dan bahagian sepitnya diketuk bagi membolehkan rencah meresap


1 biji telur

2 sudu makan tepung jagung

1 sudu makan sos tiram

3 sudu makan sos ikan

(kesemuanya digaul bersatu)


Gaulkan ke atas ketam




Biarkan ia meresap dalam 10 minit


Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga masak dan ketepikan



6 ulas bawang putih diketuk
3 cm halia dihiris nipis


Tumiskan bawang putih dan halia



1 tin cendawan butang dibelah 4 atau 2


masukkan cendawan ke dalam tumisan dan perasakan sedikit gula



Masukkan ketam yangtelah digoreng tadi dan tuangkan sos black pepper mengikut anggaran ketam


mmm yummy...yummy.......Anne mari makan sayang.......

* Tak perlu ditambah garam kerana segala sos yang dimasukkan ke dalam kuah telah sedia masin



































2 comments:

said...

ooooohhh
i love crab tuhhh

tp mama bb xpandai masak ketam

xpernah pun!!!!

mama vouge said...

ehhee.....ni dah ada resepi nie....ikut aje sure menjadi....