Wednesday, July 8, 2009

Umbut Kelapa Masak Lemak

Tak habis lagi mama nak buat n3 pasal udang ni. Sebenarnya resepi ni dah lama terperam. Dah macam jeruk. Gambar2 ni sebenarnya tersalah simpan dalam folder. Puas cari tak jumpa. Nasib baik jumpa semula. Mari kita masak umbut kelapa bubuh udang. Masak apa lagi ya yg sedap selain dari dibuat gulai lemak.

Masak Lemak Umbut Kelapa


1 kg udang kasar
Udang dibasuh dan ditoskan lalu digoreng sebentar dan toskan minyaknya


1 sudu besar lada hitam
segenggam cili padi atau mengikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Kesemua bahan ini ditumbuk halus bersama sedikit garam

30cm umbut kelapa yg masih lembut
(Dihiris kasar2 memanjang)
Celur sebentar dalam air panas
Toskan


Kesemua bahan tumbuk dan umbut kelapa disatukan bersama dengan santan dari 2 biji kelapa
Masak di atas api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan
Bila kuah dah mendidih masukkan udang dan akhir sekali masukkan santan yg pekat
Jaga api dan bila benar2 telah masak matikan api

Hidangkan bersama nasi putih



Monday, July 6, 2009

Sepetang Bersama Kuih Kaswi Pandan


Petang semalam hujan turun agak lebat juga dan tiadalah plan nak ke mana2, memandangkan pada Sabtunya telah ke Singapura. Kelakarnya masuk pukul 8.00pm dan keluar semula ke Johor pukul 10.00pm.


Petang semalam terasa perut lapar dan sedap pulak kalau dapat makan kuih muih manis. Apa lagi memandangkan bahan2 dah ada so buatlah kuih yg paling senang sekali didunia. Nilah dia kuih orang malas.

Kuih Kaswi atau Tepung Kusui

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi/sagu


2 1/2 cawan air gula



20-30 helai daun pandan dikisar diambil airnya


Kesemua bahan disatukan dan dibubuh 1 camca kecil kapur sireh
Kacau sehingga rata dan kalau masih berbiji2 bolehlah dikisar halus
Kalau kurang air bolehlah ditambah sedikit demi sedikit sehingga cair
Panaskan kukus

Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil ataupun ke dalam loyang 4 segi atau bulat
Kukus sehingga benar2 masak
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan

Akhir sekali kukus sebentar kelapa yg diparut putih yg dicampur bersama garam
Tujuan ini adalah untuk menngelakkan agar kelapa cepat menjadi basi


Hidangkan dalam piring dan boleh dimakan begini saja


atau taburkan kelapa seperti biasa


Sesuai dijadikan sebagai hidangan minum pagi dan petang bersama teh O kurang manis

Macam sama aje teko diatas dengan yg disnap oleh kakak dalam cerita MADU TIGA ni.



*Gula merah juga boleh digantikan jika tidak suka dengan pes pandan

Friday, July 3, 2009

Tea Set Di Zaman Kanak-kanak


Assalamualaikummmmm........ Rasanya ramai orang dah ada set ni kan. Set oriental ceramic ni kilangnya terletak di Batu Pahat. Pattern bunga ni femes di tahun 1970an. Mama tak ingat bila emak membeli set ini, tetapi apa yg mama ingat emak beli dari Mak saudara mama yg masa tuh begitu giat mengadakan penjualan pinggan mangkuk, periuk belanga, tupperware dan lain2 barangan dapur yg boleh dibuat bayaran secara ansuran. Barang2 ini dijual dengan mengumpulkan beberapa ramai suriumah di sebuah rumah dan mereka menggelar jualan ini sebagai "Jualan Party".
So itulah serba rengkas yg mama masih ingat. Set bunga ros merah putih ni, emak ada set lengkapnya. Mama memang suka set bunga ni sebab mungkin warnanya merah terang dan bunganya nampak mcm English. Selepas beberapa tahun set ini disimpan di dalam almari dan ianya dilupakan begitu sahaja. Cuma baru2 ini set ini mama pamerkan tea setnya sebagai kenangan dan akan ku gunakan set lengkapnya sebagai hidangan diwaktu2 tertentu untuk menggamit semula kenangan sewaktu aku di zaman kanak2 kerana mama membesar dengan diantara set ini yg sering digunakan oleh mak.


Beberapa bulan yg lepas mama dihadiahkan oleh ibu saudara dengan set yg sama tetapi ianya adalah coffee set dari Ocera ceramic.


Teko teh dan teko kopi


cawan teh dan juga cawan kopi





So set ini pulak nanti kakak akan bercerita dlm blognya barangkali yg mamanya dibesarkan dlm suasana set ini sedang meletup2 kerana set2 yg sebelum ini di N3 yg lepas adalah set semasa mamanya belum dilahirkan lagi ke dunia.



Thursday, July 2, 2009

Siput Gong Gong Rebus Kenangan Bersama Ayah



Minggu lepas semasa mencari ikan fresh di perairan Laut Stulang mama terpandang akan sesuatu. Ya...... segera ingatanku terkenangkan akan arwah ayah. Siput manis ataupun lebih dikenali Siput Gong Gong. Dulu masa mama kecik2 Ayah selalu mencari siput Gong Gong bila kami pulang ke rumah nenek di Singapura. Masa tu rumah nenek masih kampung lagi. Hanya mama, emak dan ayah saja yg makan....Adik beradik mama yg lain tak pandai makan. Abang mama yg no 3 selalu cakap lepas makan pasti menggonggong. Puaslah mama makan. Nenekku pulak tukang memasaknya.
Bertahun2 sudah peristiwa itu berlalu dan semenjak nenek pindah ke Haugang kami tak pernah lagi makan Siput Gong Gong. Ingatan mencari Siput Gong Gong juga luput, tetapi pada tahun 2002 semasa mengandungkan Adik mama mengidam sangat makan Siput Gonggong. Puas Ayah mencari dan akhirnya jumpa di Giant Hypermarket. Bila siap direbus mama cuba makan tetapi rasanya tak sama.
Dan baru2 ini mama dapat beli yg masih fresh. Balik ke rumah terus mama rebus. Sesiapa yg pernah makan tentu tau akan keenakkan rasanya. Jom kita masak.
Siput Gong Gong Rebus


1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
(Ketiga2 bahan dihiris)
2 keping asam gelugur
3-4 tangkai cili padi diketuk


Siput Gong Gong dicuci bersih, kemudian cengkerangnya diberus dengan menggunakan berus kecil (mama biasanya menyediakan sebatang berus gigi yg dikhaskan untuk memberus cengkerang ketam dan siput ini)
Campurkan kesemua bahan2 dan air dan rebus.


Mengikut petua Nenek mama semasa merebus siput ini di dalam kuali, lintangkan senduk kayu panjang di atas kuali tersebut. Kononnya dengan cara ini siput tersebut bila masak nanti akan mudah keluar dari cengkerangnya. Samada benar atau tidak Wallahualam! Tak mahu mama percaya benda2 macam ni. Cuma ini petua orang2 dulu2 yg macam tak lojik aje dengarnya. Jangan marah ya......


Bila dah masak bolehlah dimakan bersama sambal belacan atau sambal air asam. Sedap juga dimakan begitu saja......


Kalau dulu Ayah yg tolong tarik dari cengkerang.......
Yang makan malam tu cuma aku dan emak......tidak lagi bersama Ayah yg kukasihi. Itulah antara kenanganku bersama Ayah. Ayah memang arif tentang makanan2 laut ni.

















AWARD LAGI DAN LAGI


1.Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra2.
2.Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
3. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. - just mention only....not tag them...
Kepada semua jugaklah........

AWARD LAGI



Ini juga aku terima dari Yatt....hari ni hari menerima AWARD utk Blog. Ingatkan bekerja saja dapat Award. Tima Acih Yatt dan AWARD ini juga ku tujukan kepada semua kawan2ku yg suka berblog.

Award




Award yg ku terima dari seorg ADIK (sahabat) yg banyak menolongku menambahkan koleksi kegemaranku. Seorang ADIK (sahabat) yg mempunyai minat yg sama. Aku sangat kagum dengan ketekunan dan kerajinannya serta kesabarannya dalam mengumpul porselin2 lama.

Terima kasih di atas anugerah ini. Kak sebenarnya tak pandai dengan AWARD2 ni...ehehe malu je.... Semoga ikatan persahabatan ini akan terus kekal abadi selamanya..... amin.......

Dan seterusnya AWARD ini kutujukan kepada semua yg sudi singgah di Blogku samaada yg ku kenali ataupun tidak. Kepada sahabat blogger terutamanya.