Tuesday, September 15, 2009

Nasi Ayam Maharaja

Ini juga juadah berbuka puasa, tapi time masak mcm ni tunggu weekend jelah. Kalau weekdays buat yg simple2 aje. Ini pula permintaan dari hubby. Lama kata dia tak makan nasi ayam tapi kali ini bukan nasi ayam biasa, kali ini mama buat Nasi Ayam Maharaja. Respi dia sangat mudah dan semua orang boleh buat.



Bahan2 dia banyak terdapat di tesco ataupun Giant.



Nasi Ayam Maharaja Cina

1 paket rempah herba (terdapat dalam brand Maggi)

rempah dilumurkan ke serata badan ayam dan perap 1 jam ataupun 1 malam lagi sedap

Balut ayam dengan plastik dan kemudian dengan aluminum foil yg telah disertakan sekali bersama2 dengan rempah ini kemudian kukus selama 2 jam dengan api yg perlahan




Hidangkan ayam semasa ianya masih panas

Untuk Sosnya :-


Sos Ayam


3 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula
Dicampur bersama dan gaul rata dan titiskan dengan sedikit minyak bijan


(Apabila ayam tadi telah siap dikukus ianya akan mengeluarkan sedikit air dan air itu boleh dicampur bersama dengan sos ayam ini)



Bahan Nasi :


2 senduk minyak ayam
1 1/2 labu bawang putih dititik
3 inchi halia muda dikisar dan 1/4 halia muda diketuk
Tumis bawang dan halia sehingga naik bau


Cara membuat minyak ayam:

Kulit ayam dan lemak2 ayam dimasak sehingga airnya kering dan mengeluarkan minyak dan gunakan minyak ini untuk menumis rencah



Masukkan beras yg telah disangai terlebih dahulu dan gaul rata barulah masukkan kuah sup. Anggaran kuah sup adalah mengikut anggaran beras yg telah disukat. Tanak sehingga masak


Sedia untuk dihidang









No comments: