Wednesday, September 30, 2009

Agar-Agar Bersaka Atau Agar-Agar Kering

Sebenarnya resepi ini nak mama masukkan sebelum menjelang raya iaitu semasa bulan puasa tetapi oleh kerana kesibukkan yg amat dasyat maka terbantutlah segala rancanganku untuk membuat N3 pasal kuih-kuih raya.
Raya tahun ni mama bertemakan pada Raya Klasik. Pakaian anak-anak pada raya pertama jugak klasik. Begitu juga dengan kuih raya tetapi kuih raya taklah 100% klasik. Cuma ada beberapa macam saja yg mama cuba untuk membuat kuih-kuih lama ini.
Pada pertama puasa selepas sahur inilah kuih pertama yg mama hasilkan. Maklumlah membuat agar-agar bersaka ini mengambil masa yg agak lama untuk mengeringkannya. Manalah tau kot-kot nanti musim hujan ke.... tetapi alhamdulillah sepanjang proses mengeringkan agar-agar ini cuaca panas terik saja. Ikhlas hati nak beri kepada mertua sebagai ole-ole hari raya ni, kuih ni memang kegemarannya.
Dengan tunjuk ajar dan resepi dari nenek, berjaya juga mama menghasilkan agar-agar ini. Bahan-bahannnya amat murah dan resepinyapun ikut agak-agak aje. Maklumlah resepi dolu-dolu.......
AGAR-AGAR KERING ATAU AGAR-AGAR BERSAKA
3 bungkus agar-agar putih (setiap sebungkus beratnya dlm 50gm)
Air agak-agak
1 1/2kg gula pasir
1 kg gula batu
rebus agar-agar dengan air dan masukkan sebiji kulit telur yg telah dihancurkan sedikit bersama 3 helai daun pandan, kemudian masukkan gula pasir sehingga larut dan akhir sekali masukkan gula batu.
Masak sehingga likat dan bahagikan kepada beberapa warna
(Tujuan agar-agar ini direbus bersama kulit telur adalah untuk membuang segala kekotoran yg ada pada agar-agar) Tu petua nenek, mungkin agar2 dulu tak berapa bersih kot. Mama just follow aje instruction nenek, tetapi kulit telur tuh hendaklah dicuci terlebih dahulu.

Bila agar-agar dah likat masukkan ke dalam acuan atau dulang
kata nenek mama, lagi bagus kalau ada upih pinang dan dituang agar-agar itu ke dalam upih nipis2 dan kemudian digulung dan bila keras dijemur. (Nanti mama akan cuba buat versi nenek agar-agar lapis bergulung tuh tapi mana nak cari upih)


Bila dah keras keluaran dan jemur di bawah terik matahari
Jemur dan selalulah dibalik-balikkan agar kering sekata

Semasa menjemur ni mama selubungkan dengan kain kasa jarang sebab tak mahu berhabuk, maklumlah cuaca sekarang tetapi proses pengeringan ni amik masa hampir 4 minggu




Inilah hasilnya setelah hampir 4 minggu.....Rasanya mak datuk boleh MEMBUNUH!
manis bebenar..........




























6 comments:

Unknown said...

bila baca mamanye ayat...rasanya mak datuk...
membuatkan aku tertanya2 eh cam mana rasanye? setau aku manis jek heheh upenye...MEMBUNUH sebab manis bebenar hahahaha suspen gak tadi.
mak aku penah buat agar2 ni dulu, time aku kecikkomet hehe..agar2 gulung...bila dah kering cantik jek sebab bersalut putihgula...tapi mak aku buat dlm acuan jek ..tapi kena wat nipis2...
chia yuk mama....

Mat Gebu said...

hahahaha...bab manis "membunuh" tu yang buat segala bulu roma meremang!!!....

nor64 said...

zura, kalau dah manis membunuh laku tak agar2 kering tu....sape yg perabiskan ...kalau anak2 akak upah pun depa x nak cuba makan...frust jugak kita ni dah penat2 msk depa x nak try mkn...

Mama Vogue said...

Ehehehe....... itam, benar tuh tam, membunuh maksud aku boleh mendatangkan penyakit yg mengundang maut kalau makan selalu. Dulu2 nenek aku pun buat dalam dulang yg dialas dengan upih dibuat nipis2 sebanyak 2 warna dan digulung lalu dipotong2 dengan pisau berlekok2. cantikkan. Aku dah pun menerangkan pada anak2 kuih ini dulu sangat popular.

Mama Vogue said...

Memang meremangkan bulu roma bila memakannya Mat

Mama Vogue said...

Maunya tak laku kak, kanak2 yg paling suka sebab manis dan menarik perhatian sebab bermacam2 kaler dia. Ada yg siap mintak utk dibawak bekalan. Tapi lepas makan jgn lupa menggosok gigi...ahahhaha....Kuih2 di rumah saya dah tinggal sikit2 aje ni.