Friday, March 13, 2009

Atas Permintaan Yana - Siaran Ulangan

Nasib baik Yana tak suruh mama masak, dia nak datang rumah ke makan. Kalau tak jenuh jugak nie. Sebenarnya resepi ni mama pernah tunjukkan di dalam Blog mama yg dah rosak tuh, Entah kenapa Blog tuh terbengkalai macam tu tak taulah. So dalam blog tuh adalah resepi Nasi Ayam Cina nie. Nasib baik tahun lepas masa cuti sekolah mama ada membuat Nasi Ayam Cina ni untuk anak2. Nasib baik gambar2 belum di delete, so rezeki Yanalah nak menatap gambar2 cara membuat Nasi Ayam Cina nie...walaupun tak ada rezeki lagi nak merasa air tangan mama. Insya Allah dengan petunjuk di sini dapatlah kiranya Yana membuat sendiri ya...... Yana pun terror masak kan.

Nasi Ayam Cina

Ok, mula2 mari kita sediakan bahan2 yg boleh disimpan semalaman, iaitu sambal lada dan minyak ayam. Sambal ni boleh disediakan sehari sebelum membuat nasi ayam dan disimpan di dalam peti ais
Bahan2nya:-
10-15 batang cili hidup yg segar
4 biji limau kasturi
2 ulas bawang putih
Cili dan bawang putih dikisar halus
Tumiskan cili yg dikisar dengan minyak bijan
Biarkan ianya mendidih sehingga hampir garing sedikit
Perasakan gula dan perahkan limau

Cili ini boleh disimpan di dalam peti ais
Cara membuat minyak ayam :-
Ayam hendaklah dibeli ayam yg besar dan gemuk serta banyak lemak. Ayam seekor dibelah 4 dan keluarkan lemak2 serta sedikit kulitnya

Kumpulkan lemak2 ayam berserta sedikit kulit2 ayam dan cuci bersih
Tumbuk sedikit halia dan gaulkan pada lemak2 ayam

Masak kulit dan lemak2 ayam sehingga garing dengan api perlahan sehingga lemak2 tersebut mengeluarkan minyak dan kulit2nya menjadi garing


Buang kulit dan toskan.
Ambil minyak yg jernih sahaja dan simpan untuk menumis nasi
Cara memasak Sup Ayam :-


Ayam yg telah dibersihkan dan dibelah 4


2 kiub pati ayam dihancurkan
1 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi dipotong


setongkol halia muda
1 labu bawang putih
bahan2 ini di tumbuk kasar

rebus ayam bersama bahan tumbuk sehingga ayam masak
Masukkan daun bawang dan daun saderi
perasakan garam

Cara memasak nasi ayam:-

Beras dicuci bersih dan toskan airnya
Beras dalam anggaran 4 cawan
Goreng beras sebentar tanpa minyak dalam api perlahan tetapi jangan sampai hangus


1 1/2 labu bawang putih
5 inchi halia muda
kesemua bahan2 ini dititik


Tumiskan bahan tumbuk ini dengan menggunakan minyak ayam yg disimpan sehingga wangi
Masukkan beras yg telah digoreng sebentar kemudian masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi tanak
*Untuk 4 cawan beras basmathi sukatan airnya adalah sebanyak 5 1/2 cawan dan untuk beras yg lain adalah mengikut sukatan masing2



cara menyediakan ayam :-


Kicap pekat
Minyak Bijan
Madu

kesemua bahan disatukan


keluarkan ayam dan toskan supnya


lumurkan ayam dengan bahan2 di atas dan kalau boleh ayam yg dilumurkan itu dijemur sebentar ataupun sehingga ayam berkilat


Ayam boleh dibakar ataupun digoreng terendam (deep frying)


Ayam yg telah dibakar atau digoreng hendaklah di ketuk dengan parang


lebihan kicap dan madu serta minyak bijan tadi bolehlah disiram ke atas ayam sebelum dihidangkan
Bahan2 Ulam

Salad, timun dan tomato


Hidangkan begini Jangan lupa sambal boleh dituangkan ke atas ayam selepas disiram dengan kicap tadi
Selamat mencuba........

























No comments: