Terlanjur dapat buah kelapa yg masih muda, teringin pulak nak makan Lempeng Sagu Rumbia. Lama benar tak makan lempeng sagu rumbia nie.....dah bertahun rasanya. Walaupun tak dapat sagu rumbia dari pokok, dapat yg dah siap prosespun dah alhamdulilah. Boleh buat utk breakfast pepagi hari. Bukan susah sangat nak menepek tepung kat kuali tuh.
Lempeng Sagu Rumbia Kelapa Muda
Sedikit Air Garam
Tepung sagu rumbia
Masukkan sedikit demi sedikit air garam
Agak2 doh dah lembab2 sedikit dah boleh digaul.
Tepung jangan dibancuh cair atau pekat.
Cukup ianya diboleh dikepal dan masih berderai
Sedikit Minyak untuk melensir
Tepekkan tepung sagu pada kuali
Jangan terlalu leper dan jangan terlalu tebal
Bila lempeng mula mengelembung, cuba balik2kan
Enak dibuat sarapan pagi atau minum petang.....
minum pulak bersama kopi pekat kaw kaw.....umphhh......lebih2 lagi di pinggan dan cawan lama.....mengimbau kenangan silam...hehehhe....
No comments:
Post a Comment