Friday, December 19, 2008

Jantung Hati Mama Si Jantung Pisang Kakak

Kemarin masa tebang batang pisang nak buat gulai batang pisang, si kakak tetiba teringin nak makan Jantung Pisang masak lemak. terkejut gak mama. Anak dara mama nie dah macam tekak org tua2. Selama nie setau mama kakak hanya suka western food ngan sea food aje. Mmm.... since kakak dah teringin dan benda dah ada depan mata tuh, so mama pun tak nak lah menghampakan kehendak kakak. Risau mama takut kakak kempunan. So tengahari tu mamapun masak untuk kakak. Suka benar kakak dapat makan Jantung Pisang masak Lemak. Apa saja mama akan masak untuk Jantung hati mama nie......


Jantung Pisang Masak Lemak

Sebiji Jantung Pisang yg sedang disiang (betul ke sebiji- Ni refer ngan Lia nie)

Setelah dikupas hingga nampak bahagian putih barulah kita rebus sehingga empuk
Hendaklah dibalik2kan agar celur sekata
Jantung pisang hendaklah direbus tanpa dibelah 2 kerana apabila dibelah ianya akan lebam didalam.

1 sudu besar lada hitam
1 camca teh ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
(Kesemua bahan ditumbuk)


2 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
(Kesemua bahan ditumbuk)


1 butir kelapa diambil santannya

Jantung pisang yg telah direbus dipotong dalam 2cm


Satukan kesemua bahan bersama jantung pisang yg telah direbus dan didihkan
Sentiasa dikacau dan apabila telah mendidih masukkan santan pekat dan perasakan garam
Didihkan sehingga benar2 masak

Sejak dapat pinggan mangkuk lama nie asik memperagakan aje kat blog...... mcm lah mahal...memang tak mahal tapi antik woooo.........





No comments: