Tuesday, May 20, 2008

Selamat Hari Guru

Tahun ni hari guru jatuh pada 16hb Mei, 2008...atau memang saban tahun hari guru adalah pada tarikh tersebut??...emmmmm tanya maklah.....ahahhaa...... tak kiralah. Namun apa yang berbeza budaya menyambut hari guru pada zaman sekarang ini amat berbeza sekali dengan zaman mama masa dahulu. Kalau dahulu mama tak pernah meminta mak atau ayah untuk membelikan hadiah atau apa saja yang nak kami berikan kepada guru kesayangan kami. Paling-palingpun sekeping kad yang kami buat sendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada guru kami. Berlainan kini, anak-anak menyambut hari guru bagaikan satu kemestian unttuk memberi hadiah-hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka. Zaman kini menjadi satu trend dan kemestian untuk setiap murid memberikan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka. Bukan seorang dua malah setiap guru yang mengajar mata pelajaran mereka..hahahhha...Itulah yang terjadi pada Anne....petang tu mama balik agak lambat sikit. Bila mama balik hari Khamis lepas papa bagi tau Anne sampai tertidur-tidur menunggu mama sebab nak pegi beli hadiah katanya. Kesian Anne, kebetulan hari Khamis hari tuh dia puasa. Sempat Ajim amikan gambar kakak dia tengah tidur.

manjanya anak papa

malam tu terkocoh kacah mama dan papa pergi ke Angsana mencari hadiah. Ramai betul orang. Semua sibuk nak belikan hadiah untuk guru-guru. Memang jauh benar beza dari zaman mama dulu...ishh.. ish.....ishhhh.....

tengok hadiah Anne, untuk cikgu subject Maths, Sains, BM, dan English
Si Anne ni satu perangai, semua cikgu yang mengajarnya dia nak belikan hadiah...Mama tak tau nanti cikgu kecik hati....mana awak tau cikgu awak kecik hati......emmmm....dalam hati dia kita tak taulah mama. Dosa tau buat orang kecik hati. Mama terdiam, tengok pada papa dan papa angguk aje tanda setuju dengan pendapat anak kesayangannya. hemmm...nak tak nak mama terpaksa akur.

Adik nak tido ngan hadiah nie takut kakak amik

Berlainan dengan Adik, dia masih belum mengerti, tapi bila nampak kakak dia sibuk bungkus-bungkus hadiah diapun teringin nak bagi satu untuk cikgu kelasnya. Nasib baik seorang. Kebetulan mama beli memang extra satu. So Adik tidur dengan hadiah dia malam tuh.


satu beh plastik besar hadiah kakak untuk cikgu, Adik tak lepas dengan hadiah untuk Teacher Edda...


Apapun......biarlah anak-anak menghargai pengorbanan guru mereka dengan apa saja cara mereka. Mudah-mudahan dengan penghargaan ini dapatlah meningkatkan lagi prestasi guru-guru dalam mendidik anak-anak kami agar menjadi manusia berjaya..... Guru kau ibarat dian yang menerangi kegelapan ......terima kasih mama ucapkan kepada guru-guru mama dan tak lupa juga kepada ibuku cayang....................
Selamat Hari Guru......................

No comments: