Wednesday, May 14, 2008

Restaurant Seafood Mama Episod Tiga

Jalan-Jalan Cari Makan - Episod Tiga


Hi...jumpa lagi di episod tiga jalan-jalan cari makan.................. mmmmm.....ni mama nak share ngan korang semua....makanan laut kegemaran mama...... Tiram........

Resepi ini adalah dari....dari insan yang paling istimewa sekali...hehehhehe....Jangan tak caya...resepi nie dari papa....... tapi mama dah ubahkan sikit....alah tak sedaplah.. Alah bukan ubah apa........kalau korang nak tau apa yang mama ubahkan jom kita ke dapur.............. Opppsss lupa nak kasi tau apa nama resepi nie....mmmm...

Tiram Kukus Bersama Kacang Hitam


Nilah dia rupa Tiram yang belum dicuci dan dikopek...tak cantikkan tapi......


Bila kita kopek dan lihat isi dan kulit dalamnya sangat menarik...cengkerang dalamnya sangat halus dan berkilat...eh boleh buat rantai ni......


2 genggam kacang hitam yang telah direbus empuk

Tiram yang telah dicuci bersih disusun di dalam pengukus dan taburkan kacang hitam di atas isi tiram

1 sudu besar lada putih dan ditumbuk halus


2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kikoman sos
2 sudu besar cuka.....haaa....... cuka nilah yang telah mama gantikan...sepatutnya cuka ini
adalah bahan asalnya ialah wine...ntah apa ntah papa sebut mama tak masuk kepalapun, papa suruh gantikan dengan cuka nie
Kesemua bahan di atas tadi dicampur bersama dan masukkan 1 buku kiub pati ayam
dan kacau
ehhh....alamak lupa pulak nak amik gambar halia dan bawang putih sorry...sorry....



ok...bawang putih dalam 2 ulas bersama seibu jari halia ditumbuk lumat dan disatukan bersama dengan bahan diatas dan digaulkan sebati

hingga menjadi pes begini


pes yang telah sebati digaul tadi dibubuh di atas tiram


Tuangkan 1 camca minyak zaitun ke atas pes tadi pada setiap tiram


taburkan daun bawang dan kukus dalam 2-3 minit



Inilah hasilnya tiram yang telah dikukus




Potongkan beberapa biji limau nipis ataupun lemon





perahkan lemon ke atas tiram sebelum makan.....Tapi jangan makan dulu ya....ada lagi satu resepi seafood yang akan mama tunjukkan...Jangan kemana-mana.Tungggggguuuuuuuuuu

* Tiram boleh juga dimakan begitu sahaja dengan cara memerahkan jus limau ke atasnya dan jika mengukus ataupun memasak dengan apa cara sekalipun JANGAN dimasak terlalu lama kerana ini akan menghilangkan rasa keenakkanya. Proses memasak atau mengukus ataupun membakar hanya mengambil masa selama 2-3 minit sahaja.

Tiram bila dibakar juga sedap
Caranya:-
tanpa mengopek tiram kita bakarkan di sekitar bahagian bawahnya beberapa saat dan lalu ianya akan terkopek dan cuma perahkan jus limau atau lemon dan makan begitu sahaja. Sodappppp tuh....

Ok bye..................nantikan mama di episod akhir.......................