Tuesday, March 23, 2010

Salam

Salam kepada semua rakan-rakan yang dikasihi


Nampaknya cukup sampai di sini saja pertemuan kita untuk blog ini iaitu http://Tulipkasih374.blogpsot.com/

Silalah jenguk ke blog baru saya di :

http://TanjungPuteriWarisan.blogspot.com/

http://Resepikasihidangansayang.blogspot.com/


saya tidak akan mengupdatekan lagi apa2 N3 saya yang terbaru di sini.

Wednesday, January 20, 2010

Pindang Goreng

Selalu mama makan ikan masak singgang ataupun ada orang panggil pindang. Memang sedap singgang kalau dimakan bersama nasi panas yg lembik2 dengan sambal belacan. Lauk lain tak ada pun tak apa. Si Adik memang suka lauk kuah singgang. Menghirup2 kuahnya. Tapi kali ini mama nak buat singgang dari hati ayam bersama pedal dan jantung. Singgang ini tidak berapa berkuah tetapi pekat serta pedas sebab itu ianya dipanggil Singgang Goreng.

1/2 kg pedal, jantung dan hati ayam (direbus dan dipotong sedang2)
Lada padi sebanyak yg mungkin tapi kalau tak tahan pedas tak usah bubuh banyak2
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
kunyit sebesar jari telunjuk
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Kesemua bahan2 dikisar halus kecuali cili padi diketuk sahaja dan tumis bahan2 ini kemudian masukkan cili padi dan bila terbit minyak masukkan pedal, hati dan jantung yg telah direbus. masukkan air asam jawa dan garam secukupnya dan biarkan kuannya mengering. Hiriskan lada merah dan lada hijau kemudian masukkan ke dalam kuali. Balik2kan kemudian matikan api dan angkat.





Hidangkan bersama nasi putih dan hidangan yg lain. jangan amalkan memakan organ2 binatang tetapi sekali sekala nak merasa tak apa
Amaran: Rasullah menegaskan memakan organ ayam tidak mendatangkan apa2 manfaat. Organ2 ini sama sekali tidak benar dalam memulihkan bagi pesakit yg mengidap tekanan darah rendah ataupun kurang darah. Itu adalah teori Yahudi, sebaliknya makanlah buah delima.


Tuesday, January 19, 2010

Doily Cotton 1

Sekarang ni tengah kemaruk nak menjahit semula bila kenangkan berat badan dah naik dan sibuk sikit urus anak2. Menjahit ni senang, masa duduk2 ni kita boleh sesambil menjahit. Masa tengah tengok tv, masa tengah tunggu anak2 study dan masa berborak2 bersama suami. Dulu emakku suka sangat buat doily crochet, doily dari cotton dan lace. Zaman dulu2 orang melayu suka buat doily cotton yg berlace dipenjuru ataupun disekeliling. Emak mengajar membuat doily dari perca kain lace yg dipotong mengikut bentuk bunganya. Orang dulu2 menggunakan perca lace, kain lebihan dari baju kebaya mereka. Tapi kain lace bercorak daun ini mama beli di Singapura tahun lepas dan mama potong ikut bentuknya dan cantumkan.



Potong kain cotton putih mengkiut saiz almari empat persegi tepat dan jahit disekelilingnya

corak daun dari lace yg dipotong


semat di penjuru kain bunga lace tersebut dengan peniti


Sembat atau jelujur halus



Dah siappun




Doily dari cotton dan lace buatan sendiri




Sunday, January 17, 2010

Botol Susu Antik dan Moden

Semua koleksi ini adalah dari milik emak sejak kelahiran abang yg pertama dan koleksi yg akhir itu adalah koleksi mama sendiri sejak kelahiran anak mama yg pertama.









Botol susu ini adalah milik abang mama yg pertama. Abang dilahirkan pada 1957. Botol kaca ini adalah keluaran England berbentuk seperti pisang.




Ini juga botol susu miliknya juga dari kaca dan keluran England



Manakala botol susu ini pula milik kakak mama yg ke dua yg lahir pada 1966. Yang tiada botol susu abang mama yg ke dan juga botol susu mama kerana masa tuh mak kata dah ada botol plastik dan emak tak berminat menyimpannya.




Walaubagaimanapun mama masih menyimpan botol susu anak mama yg pertama sehingga kini. Suatu hari nanti ianya pasti menjadi antik. Nanti mama akan tunjukkan alat membancuh susu. Semua koleksi ini telahpun menjadi milik mama.




Lace Dan Net



Banyak kegunaan fabric lace dan net sebagai hiasan untuk di rumah, untuk gubahan hantaran dan juga baju kanak2 dan orang dewasa serta apa jua bentuknya dan kegunaannya. Lace dan kain net telah lama digunakan oleh orang2 Barat dan juga kita di sini sebagai hiasan pakaian dan hiasan di rumah. Pada zaman dahulu sebelum merdeka lace dan net banyak digunakan sebagai seledang kepala dan juga baju kebaya bagi orang2 Melayu. Juga digunakan sebagai kelambu. bagi orang di barat pula mereka menggunakan lace sebagai baju gaun kembang dan apa jua bentuk hiasan di rumah mereka dan semasa penjahanan British dulu, masyarakat kita telah juga dipengaruhi oleh lace dan net ini sebagai fabric untuk membuat hiasan perabut sebagai alas meja, chair back dan sebagainya. Mama masih ingat emak ada membuat alas meja dan sebagainya dari lace dan net putih.


Alas meja TV yg mama jahit sendiri menggunakan net yg lembut dan lace nylon berwarna putih



begitu juga dengan alas gerobok/almari cermin antik ini




Ini adalah alas meja makan dari fabric net dan fabric lace nylon yg masih disimpan emak. Emak menjahitnya pada awal tahun 60an dahulu. Emak





fabric lace nylon itu adalah bukan datangnya dari fabric khas lace tetapi ianya dipotong dari fabric lace untuk membuat baju



Sayur Omputih


masakan paling senang dikala tiada apa bahan2 di rumah






Lobak merah


celery


bawang putih dan bawang merah ditumbuk kemudian direbus sebentar kemudian keluarkan dan toskan lalu dibubuh butter dan gaulkan


Kerabu Mentah dan Sambal Air Asam



Masa cuti sekolah musim yg lalu mama telah mendapat undangan majlis perkahwinan saudara sebelah emak di Singapura. Walaupun tak berapa rapat tetapi mama pergilah juga mengenangkan emak tiada masa itu dan cuma mama dan abang saja yg duduk di Johor. Selain dari nasi buryani dan juuga juadah yg lain, mama amat berselera sekali menikmati satu masakan yg pada mama sangat simple tetapi membuka selera. Sayuran2 mentah yg dibuat seperti kerabu yg hanya dimakan bersama sambal air asam.




Kerabu Sayur



1/2 biji kobis

1/2 kg taugeh

2 labu bawang merah besar

2 ikat daun kesum

6 batang cili padi

(Cuci bersih dan toskan sayur2an ini)


Kobis dan bawang merah dirampai halus. Taugeh dibuang ekor dan daun kesum digunting serung2. Cili padi juga dipotong bulat2. Gaulkan kesemuanya dan makan bersama sambal air asam







Cara membuat sambal air asam



15 tangkai cili padi (jgn dibuang tangkainya)

sehiris belacan (dibakar)

3 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

Blend ke semua bahan ini dan perahkan sedikit asam jawa ataupun limau nipis. Perasakan gula.