Monday, August 10, 2009

Roti Beludar Johor

Minggu yg lepas mama belajar buat kek beludar dan pada ahad semalam pulak mama mencuba roti beludar sepertimana yg telah diajar oleh mertua. Resepinya sama sahaja tetapi cara membuatnya agar berbeza sedikit.









Bahan A:-



3 1/2 Cawan tepung gandum

1 sudu besar ragi kering- instant

1 cawan susu tepung

1/2 cawan gula

Kesemua bahan ini dicampurkan bersama dan gaul sehingga rata



Bahan B:-

4 biji kuning telur

2 biji putih telur

1 1/2 camca kecil susu pekat manis

175ml air sejuk

1/2 buku butter


Masukkan susu pekat manis dan kuning telur satu persatu dan juga putih telur. Gaul rata sehingga adunan sebati. Gunakan mixer lagi senang . Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehinggga menjadi doh yg kental.



Rehatkan adunan doh selama 30 minit atau sehingga ia mengembang 1 kali ganda. Lakukan sama seperti proses membuat roti iaitu dengan menumbukkannya bagi mengeluarkan angin yg terkandung di dalam doh.




Bulat2kan doh dan biarkan lagi selama 10 minit.



Bahan Inti

Sedikit Coklat Urai
Sedikit keju serbuk atau parut


Selepas itu leperkan dan bubuh intinya di dalam kemudian bulatkan semula dengan kemas dan masukkan ke dalam papercup yg dialas dengan acuan cupcake. Mama guna inti keju dan coklat urai. Biarkan selama 1 jam dan kemudian sapukan keatasnya susu pekat manis dan taburkan dengan keju ataupun coklat



Panaskan oven pada suhu 190 darjah dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak




Sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi ataupun minum teh petang


* Di Johor roti beludar ini sangat popular semenjak dari zaman Kesultanan Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Lady Marcella
























No comments: