Tuesday, April 28, 2009

Kakak, Athirah dan Najwan

Assalaumualaikum.............

Majlis Perujian Membaca, Mentafsir, Menghafal Al Quran, Membaca Berzanji, Syarahan Bahasa Arab, Tarhim, Azan dan Iqamah, Seni Qhad, Bercerita Dalam Bahasa Arab dan Kuiz murid2 Sekolah2 Agama Daerah Johor Bahru Zone 1.
Majlis telah diadakan pada 20hb. April 2009 bersamaan dengan 24 Rabiul Akhir 1430.

Alhamdulillah pada tahun ini kakak telah terpilih bagi mewakili Sekolah Agamanya dalam Tilawah Al Quran Peringkat Zone 1 daerah Johor Bahru. Sebanyak 27 buah sekolah Zone 1 dearah Johor Bahru yg menyertai majlis yg mulia ini. Ini adalah merupakan kali yg kedua kakak terpilih sebagai wakil sekolahnya, tetapi pada tahun ini kakak dalam katogeri tahap 2.


Kali ini Sekolah Agama Bandar Baru UDA yg menjadi tuan rumah. Nasib baik dekat, kalau jauh macam tahun lepas jenuh juga kami sekeluarga nak pegi. Tapi kali ni mama kene bertugas, bertugas bukan mejaga kakak seorang, tetapi menjaga 2 org lagi anak...anak buah..... anak kepada abang mama no 3. Athirah dan Najwan juga mewakili sekolahnya.
Suasana sebelum acara bermula




Para pelajar dan guru diantara sekolah2 yg terlibat


Kakak berdebar2 sewaktu menunggu acara bermula. Kakak merupakan perserta pertama dalam perujian tilawah Al Quran. Mama doakan yg terbaik buat kakak.


Satu perkara yg sangat2 menyentuh hati mama.........seorang kanak2 yg cacat penglihatan. Subhanallah. begitu tekun dia berlatih sementara menunggu giliran. Mengalir air mata melihat kanak2 sebaya kakak yg cacat penglihatan begitu berusaha bsersungguh2. Anak siapakan ini. mana ibu ayahnya....soalan itu bermain2 di benak mama. Nak saja mama pergi dekat dengannya tetapi mama takut dia kecik hati dan mama hanya melihatnya dari jauh dengan hati yg sayu.


Majlis bermula dengan kakak peserta pertama




Selepas kakak tamat, mama beralih pula ke katogeri Athirah, Athirah terpilih bagi mewakili sekolahnya bagi Syarahan Bahasa Arab. Athirah ni pulun semua nampaknya. Di sekolah kebangsaannya dia mewakili sekolah dalam Perbahasan dan Coral Speaking dan mendapat tempat pertama. Mama selalu kagum dengan Athirah bila dia berdebat dengan mama. Banyak sangat ideanya yg bernas. Berapi2 kami melihat Athirah bersyarah...lancar dan fasih......


Adiknya Najwan pula dipilih sebagai wakil bagi sekolahnya dalam katogeri Tarhim, Azan dan Iqamah. Najwan sering menjadi bilal setiap kali tibanya waktu solat apabila kami sekeluarga berjemaah.



Kakak cuma mendapat sagu hati sahaja, pun begitu mama, papa dan nenek sangat berbesar hati kerana sekurang2nya kakak dapat mewakili sekolahnya dalam peringat daerah Johor Bahru. Itu dah cukup bagi kami sekeluarga. Apa yg penting kakak ada self confidence dan rajin berusaha..... Pada mama Kakak dah cukup hebat kerana dapat bertanding dengan 27 org peserta.


tempat kedua dimenangi oleh kanak2 istimewa dari Sek Agama Princess Elizabeth. Inilah yg dikatakan pepatah melayu....Buta mata celih hati.......Mama sangat gembira kerana dalam kekurangan dirinya tersembunyi kelebihan diri dalam memuliakan Kalam Allah. Sesungguhnya Allah maha Adil ...dibutakan matanya dicelikan hati kanak2 ini. Mama berdoa agar kanak2 ini menjadi manusia yg berjaya di dalam segala lapangan yg diceburi dan sentiasa dalam peliharaan Allah.


Athirah memenangi tempat kedua manakala Najwan juga hanya mendapat sagu hati.


kakak bersama Athirah dan Adik


Nenek bersama cucu2nya yg tersayang
Kakak menulis diblognya: My Ya Qraul Al Quran





















No comments: