Saja- saja je.........
Pinggan lauk di atas cuma ada satu aje. Dulu kata emak ada banyak jugak lebihkurang dalam 20 biji tetapi banyak yg dah pecah.....Ya.....baru mama teringat. Pinggan itu bukanlah dibeli oleh emakpun tetapi 'hadiah'. Hadiah beli sabun dan dapat pinggan ni. Cawan dan piring pula juga merupakan hadiah beli kopi. Dulu kata emak dia ada dalam 1 dozen tapi dah pupus terus dari rumah emak. 3 biji cawan dan piring nipun mama songlap dari rumah nenek kemarin.
Mmm... bercerita tentang beli kopi dapat hadiah, baru mama teringat yg mama ada satu koleksi balang corak batik2 hadiah beli nescafe. Itupun mama dapat dari arwah nenek saudara. Yg itu coraknya sangat menarik. Nanti mama akan masukkan dalam entry yg akan datang.
3 pinggan leper dan 1 pinggan lauk corak bunga kekwa colour pink nipun mama songlap dari rumah nenek.
Set pinggan makan leper dan pinggan lauk bunga- bunga colour pink nipun di ambil dari rumah nenek juga. Walaupun sekali pandang nampak coraknya seakan hampir sama dengan yg diatas tetapi bunganya berlainan. Lama dah terperuk dalam cabinet dapur rumah nenek. Dulu masa kecik2 kalau tidur di rumah nenek, selalu makan di pinggan ini. makan lauk asam pedas ikan parang dengan lada hidup.
Pinggan leper bunga hitam berserta piring besar dan kecil juga dari rumah nenek dan kata nenek ada lagi dalam almari lamanya...nantilah kalau rajin mama akan selongkar. Malas betul nak bongkar2 rumah orang nie.
Pinggan corak bunga ros pemandangan jambatan ni pulak ada yg mama dapat dari rumah ibu saudara dan koleksi emak dulu kala. Terdapat 1 pinggan bujur, 4 keping pinggan makan leper, 1 pinggan leper besar, 4 keping piring leper dan 1 pinggan lauk mungkum. Yg lain banyak dah pecah ...... Yg ini pun lama dah terbiar dan baru 2 tahun lepas jadi hakmilik kekal mama.
Set pinggan makan leper ini ada 1/2 dozen...diambil dari rumah mertua
Koleksi cawan teh dan piring kuih tahun 1960an. Ini juga pemberian emak. Ini dari porselin buatan jepun dan mahal sikit... Buatannya pun halus.
Yang ini yang paling mama suka sebab piringnya besar dan boleh diisi kuih sekali disisinya. Set ini cuma ada 4 sahaja dan adalah merupakan hadiah perkahwinan emak dan arwah ayah pada tahun 1955. Dulu2 kalau kawan datang mama suka menghidangkan mereka dengan cawan ini. Tak payah susah2 nak basuh banyak2.
Oklah ......selamat menjamu mata....................Jumpa lagi dengan koleksi seterusnya.......
No comments:
Post a Comment