Korang semua penah tak nampak seorang Apek yang menunggang motosikal dan menjaja sejenis makanan yang dibalut dengan daun digantung di atas motor. Kalau kat Johor yang menjual makanan serupa ini adalah dari kaum Cina saja. So orang Melayu tak berpeluanglah merasa kuih ini. Ni makanan cina traditional macam ketupat palas. Kawan mama cakap Kuih nie dibuat sempena memperingati hari bersejarah seorang penyajak zaman dahulu. Ceritanya... ada seorang penyajak kat cina nak protest policy kerajaan yg tak baik... dia terjun ke dlm sungai lah...mati dah tu. Selepas itu orang kampung buat kuih ni untuk ikan2 kat sungai supaya tidak makan mayat penyajak... dan juga ada dragon boat, buat bising2 nak takutkan ikan. Setiap kali dalam bulan Mei hingga Jun tak silap mama kaum Tionghua akan membuat kuih ini sebagai memperingati kisah tersebut. Tapi hari Sabtu yang lepas mama saja suka-suka buat kuih ini. Mama dapat resepi nipun dari seorang sahabat mama yang berbangsa Cina dan ibunya yang mengajarkan mama cara-cara membuat kuih ini. Terima kasih Auntie Peng.
Bahan-bahannya kita boleh dapat di Hyper market ataupun di pasar. Daun buluh ini pula mama dapat kedai ubat Cina.
Anggaran membuat Kue Chang nie dalam 2o biji

1 paket daun buluh ini kita boleh dapat lebihkurang dalam 100 biji, kalau nak lagi elok daunnya yang lebar cuba dapatkan daun yang diimport dari negara Cina. Daun ini telah dikeringkan dan dipaketkan bersama dengan tali sekali

Daun buluh juga direndam semalaman bagi tujuan melembutkannya

kemudian direbus pula (letakkan anak lesung agar daun dan tali tidak terapung)

2 cawan daging cincang

7 keping cenawan shi take kering direndam dan dihiris memanjang
20 biji buah berangan kering direndam semalaman
4biji telur masin diambil kuningnya sahaja dan dibelah 4
2 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah

1/2 cawan udang kering ditumbuk bersama bawang

ditumis dan dimasukkan daging cincang

1 sudu sos tiram
2 sudu kidap pekat

Kicap dan sos tiram dimasukkan ke dalam kuali dan kacau sebati
masukkan cendawan dan buah berangan

masukkan pula kuning telur masin yg dibelah 4
Masak sehingga perang dan bubuh air dan biarkan agak kering sedikit. Angkat dan toskan. Air kuah ketepikan

Inti yang telah siap

4 ataupun 1/2 kg cawan beras pulut direndam semalaman dan kemudian dicuci dan ditoskan

sedikit udang kering dan bawang kecil

bahan tersebut di tumis sehingga wangi

masukkan beras pulut yang telah ditoskan airnya
Kuah yang dari bahan inti tadi kita masukkan pula ke dalam beras pulut yang sedang digoreng. gaul hingga kesemua beras tadi meresap dengan kuah dan berwarna agak coklat perang

inilah pulut yang telah siap digoreng
Sekarang mama nak tunjukkan cara membungkus dengan menggunakan daun buluh

Daun yang telah direbus dicuci bersih dan dilap kering

Ambil 2 helai daun

lebih kurang beginilah...mama pun tak pandai jugak

Dilipat seperti membuat kun (pandangan dari dalam)

pandangan dari luar bentuknya ( permukaan yang asar di luar)

Masukkan beras pulut dan lubangkan ditengahnya

Masukkan inti

Tutup inti dengan beras pulut semula
Seperti di dalam gambar ini
Tutup permukaan dan tekan sedikit agar pulut mampat

Tutup keseluruhan bahagian permukaan

Dan lipat kemas mengikut bentuk
seperti ini....
dan ini........
Diikat dengan tali secara melintang dan memanjang (Jangan diikat terlalu ketat kerana pulut akan mengembang sedikit semasa direbus)

Didihkan air dan masukkan kue chang ke dalam air rebusan yangs sedang mendidih. Tutup periuk dan biarkan sehingga 30 minit. Jangan lebih 30 minit kerana pulut akan menjadi lembik. Pulut ini telah direndam semalaman.
Angkat dan toskan airnya. Boleh juga digantung seperti ketupat

Bila dah sejuk boleh lah dimakan sebagai sarapan ataupun minum petang
makan 2 ketul dah kenyang
Lai Chee Chongche.......... (kalau tak paham tanya Itammm)
Walaupun mama bungkus tak berapa menjadi tapi rasannya .........mmmmmm enak sekali. Ni kawan mama yang puji tau.... mak dia ni pakar membuat kue chang.
Byeeeeeeeeeee.........................
No comments:
Post a Comment