Tuesday, June 3, 2008

AKU, DIA dan J.......

Cinta Mu Mekar Di Hati

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar
Di ketika kauPerlukan aku
Sentiasa aku Ada di sisimu
Di ketika Rindu padamu
Terasa cinta Semakin dalam
Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekarDi hati ini
Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

mmmm.....entah mengapa mata seakan tak mahu lelap. Puasku cuba lelapkan namun aku gagal. Entah mengapa hatiku tiba-tiba terasa sayu.....tak tentu arah aku tidak keruan. Aku terkenangkan seseorang...mmmm.....Aku cuba onkan radio. Entah dalam kegelapan aku teraba-raba. Entah apa siarannya akupun tak nampak. Tetiba lagu berkumandang.....lama...memang lama benar aku tidak mendengar lagu itu..... Lagu yang di atas yang aku copy dan pastekan di dlm blogku ini. Syahdu sungguh syahdu. Aku terkenang kepada DIA...Siapakah DIA yang aku maksudkan. DIA adalah insan yang sangat istimewa yang pernah dan menghuni di hati ini. Hati seorang gadis yangbernama AKU!

DIA adalah seorang pemuda kacak. Putih. Seorang berketurunan Arab Melayu. Pangkal nama bermula dengan Syed......Murah dengan senyuman, peramah dan periang. DIA banyak membantuku dalam segala urusanku ketika aku bergelar seorang pelajar. DIA banyak membantuku ketika aku di dalam kesusahan. DIA mengisi kekosongan hati ketika rindu datang bertandang. Indahnya hidup yang ku lalui waktu itu. Tiada dukapun yang datang menjengah di kala itu. mmm..........DIA pandai menyanyi....sangat romantik....pandai memujuk....pandai mengambil hati......itulah ciri-ciri idaman hatiku, namun dia sedikit agak pemarah...tetapi hatinya mudah sejuk.....
Namun, jodoh pertemuan di tangan tuhan.....Kita bisa merancang namun tuhan yang menentukan. Segala yang terjadi bukan atas kehendak DIA, tetapi adalah keputusanku sendiri. Keputusan yang telah lama ku putuskan. Keputusan yang telah lama aku fikirkan. Aku lakukan atas kehendak IBU tercinta. Entah kenapa Ibuku tidak menyenanginya. Puasku cuba memujuk hati Ibu namun Ibu tetap teguh dengan pendiriannya. Hatiku sedikit terguris dengan sikap Ibu. Lama juga aku tidak menghubungi Ibu...Bukan kerana bencikan Ibu tetapi aku sedikit jauh hati. Ku harap dengan rajukku itu aku dapat menitikkan embun dingin, namun ternyata embun itu jatuh ke daun keladi dan lalu kering dik panahan mentari pagi. Pada Tuhan aku panjatkan doa agar aku diberi Petunjuk.

Takku sangka rupanya ada seorang jejaka juga meminatiku. J....Walaupun rupa parasnya tidak kacak dan langsung tidak memenuhi citarasaku, namun entah mengapa hatiku terusik dengan kelembutannya. Bukan kelembutan berupa Mak Nyah atau kata-katanya yang manis belahan jiwa...tetapi...entah .....Bila Ibu melihat potretnya dan bertanyakan aku siapakah gerangannya pemuda itu, hatiku berdetik. Ibu bertanya samada J telah berpunya atau belum. Apa yang ku tahu J frust bertahun lamanya. Itupun dari anak saudaranya. Dengar khabar J dulu berkawan dengan anak Mumy. Siapalah aku jika nak dibandingankan dengan anak Mumy. J orangnya tidak pandai bergaya seperti DIA. J orangnya tidak sekacak DIA. J orangnya tidak peramah seperti DIA dan langsung tidak seromatik DIA.

Ya Allah, tiap hari aku lakukan SOlat Hajatdan Isytiharah, namun Allah belum memperkenankan lagi. Aku memberi setengah hatiku pada DIA dan setengah lagi pada J....... Manusia apakah aku ini.?????

Bila bersama DIA, jiwaku mula rasa tak tenteram, jiwaku seakan mulai bosan. Entah mengapa aku sering memulakan pertelingkahan. Kadang-kadang perkara yang kecil aku panjangkan berhari-hari dan adakalanya makan sebulan. Namun DIA tak pernah jemu memujuk dan mengucapkan kata-kata manis. Jambangan bunga kalau nak dikira boleh aku bukak kedai bunga. DIA tahu aku mula berubah hati dan mula menghidu hubunganku bersama J. Aku kalut. Namun syukurlah sebagai lelaki yang punya akal fikiran yang waras DIA tidak mahu bergaduh. Kata DIA, bukan dengan J yang harus difokuskan tetapi hati aku....Bagaimana memenangi hatiku....DIA ....dengan trademark DIA dengan Jambangan Bunga, Kad ucapan setiap minggu dengan kata-kata puitis. Semuanya indah belaka dan semua itu untuk membeli jiwa dan memujuk hatiku ini kata DIA.

Dengan J amat berlainan. Tiada kad ucapan setiap minggu, tiada bunga setiap hari dan tiada kata puitis yang pernahku dengar. Aku dapat merasakan J tidak bersungguh dan aku mula bercerita kepada Ibu bahawa Ibu hanya bermimpi disiang hari. Walaupun Ibu tidak penah bertemu empat mata dengan J dan dengan DIA namun kata IBu hati Ibu kuat pada J. Naluri seorang ibu yang hanya dapat aku rasakan bila aku telah menjadi seorang Ibu.

Dengan J yang aku suka dia pandai bermain alat muzik dan menyanyi sama seperti DIA. Jadi aku boleh bernyanyi bersama-sama. Ahhhh....... Itu bukan tujuan utama.....Aku mulai bosan dengan sikap J kerana tidak seperti DIA. Aku mula membandingkan antara DIA dan J........ Aku selalu hint pada J yang DIA amat menyanyangiku dengan kad, bunga dan kata-kata. J menggeleng-geleng kepalanya dan mengatakan semua itu bukan mainannya.
"Saya menyayangi awak seikhlas hati saya...tak ada kad ....., tak ada bunga ataupun kata-kata puitis yang dapat menggantikan untuk membeli jiwa awak.....Hanya satu......hanya satu.....", J tunduk. Lama dia mendiamkan diri.
Align Center
Aku ......hatiku bagai digaru-garu ungin tahu ...Hanya apa......hanya apa...........

Aku memandang wajah J yang tunduk. Wajahnya muram. Aku memberanikan diri dan bertanya. "Hanya apa J ?......",

"Hanya doa...doa yang selalu saya iringkan setiap kali urusan saya dengan Allah semoga hati awak terbuka untuk saya dan terima saya dengan seikhlas-ikhlasnya.......dan doa saya setiap hari agar awak sentiasa di dalam Rahmat tuhan" jawab J perlahan. J terus berlalu.

Aku terpempan. Ya Allah. Inikah dugaan yang ku terima atau inikah Petunjuk yang Kau berikan. Hatiku bagaikan disayat-sayat. Terharu aku dengan pengakuan ikhlas J. Aku pulang ke rumah dengan seribu persoalan yang bermain-main dibenakku. BERKECAMUK!
Memilih lelaki yang sering membeli jiwaku dengan Kad, Bunga dan kata-kata manis atau memilih lelaki yang berdoa pada Tuhannya untuk memiliki jiwaku. Ya Allah berilah aku jalan penyelesaian.
Dan akhirnya aku bertemu DIA. Kata putus aku berikan kepada DIA dan dengan linangan air mata aku dan DIA kami meleraikan sebuah ikatan cinta......Tapi kata DIA...ikatan yang terlerai itu adalah dari pihak aku seorang , namun bagi DIA cintanya tetap mekar seperti lagu CINTAMU MEKAR DIHATI......

Somebody
I want somebody to share
Share the rest of my life
Share my innermost thoughts
Know my intimate details
Someone who ll stand by my side
And give me support
And in return
She ll get my support
She will listen to me
When I want to speak
About the world we live in
And life in general
Though my views may be wrong
They may even be perverted
She ll hear me out
And wont easily be converted
To my way of thinking
In fact shell often disagree
But at the end of it all
She will understand me
Aaaahhhhh....
I want somebody who cares
For me passionately
With every thought and
With every breath
Someone wholl help me see things
In a different light
All the things I detest
I will almost likeI dont want to be tied
To anyones strings
Im carefully trying to steer clear of
Those things
But when Im asleepI want somebody
Who will put their arms around me
And kiss me tenderly
Though things like this
Make me sick
In a case like this
Ill get away with it
Aaaahhhhh....

dan lagu ini aku terima bila mana DIA mendapat tahu aku menjalinkan ikatan PERTUNANGAN bersama J......dan sehingga kini DIA masih belum berumahtangga. Entah betul atau tidak DIA mengatakan dia masih menunggu dan terus menanti..........AKu tak pasti......................


DIA.......maafkan aku kerana melukakan hatimu......Aku yakin keputusan yang aku lakukan ini adalah keputusanku yang paling BIJAK dan berkat DOA dari Ibuku........

J.......Kaulah suamiku dan ayah kepada anak-anakku....Semoga dengan keputusan yang telah ku buat suatu masa dahulu untuk menerimamu dalam hidupku tidak akan kau persiakan......
IBU.....nalurimu adalah kerana aku pertama kali mendapat hela nafas dari bawah jantungmu....Semoga Ibu bahagia.......Kaulah Syurga bagiku.....
AKU.....adakalanya begitu kejam dan tegar, namun aku lakukan ini semata-mata mencari keredhaanMU Ya Allah demi sebuah pengorbanan buat Ibuku tersayang dan kebahagiaanku bersama keluargaku kini....
Andaikata J atau DIA membaca coretanku ini...maafku pinta pada kalian..apa yang kucoretkan di sini adalah luahan hatiku yang selama ini tersimpan kemas dalam lipatan ingatan diari hatiku suatu masa dahulu.....
J - kini sebagai teman hidupku...mudah-mudahan cinta kita membawa kesyurga....Semoga Abang sehat selalu dan bahagia disamping daku dan anak-anak kita
DIA - kini sebagai kenangan ku yang terindah.........kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku.......Semoga Syed.... akan bertemu dengan ratu hidupmu suatu masa nanti....doa ikhlasku buatmu....
IBU - Dulu, kini dan selamanya. kau adalah Ibuku, Ibu yang amat ku sanjungi......Moga Allah memberkati hidupmu Ibu.......
Zulaikha Anastasia dan Muhammad Zulfadzleel Adzym-Permata hatiku yang amat kusayangi dan kasihi.......Moga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah
Aminnnnnnnnn

2 comments:

Anonymous said...

Amin...amin yarabalallamin......
(tapak tangan menyapu muka}...
Doa untuk mama sekeluarga..semuga panjamg umur,murah rezeki mama sekeluarga dan jodoh mama kekal sehingga ke akhir hayat.....
Shahdu sungguh membaca nukilan dari hati mama pada pagi2 ni.. begitu kah agak nyer ungkapan yang selalu didengar iaitu bercinta dengan orang lain tapi berkahwin dgn org lain... soal jodoh,ajal maut semua nyer ditangan tuhan kita cuma merancang dan berusaha tapi Allah jua yang menentukan terimalah dengan seada nyer ...kan mama kan...... Bagaimanakah agak nya sang lelaki yang bergelar Syed skarang ini minta2 dia juga dipertemukan jodoh nyer yg keperibadian seakan akan mama jua....
Lagu itu jua mengingatkan kenangan masa lalu dan rasa macam nak kembali je ke masa itu...suka duka pahit manis semua nyer ada masa tu kan mama...tapi kita biarkan masa itu berlalu mama... cuma kita jadikan kisah tersebut sebagai kenangan yang mengusik kalbu kan mama.... he heee
{sedih gak kalau teringat masa lalu kan mama} Semuga mama sekeluarga berada dalam suasana bahagia...hanya Allah tempat kita panjatkan doa untuk kebahagaian manusia sejagat..
Assalamualaikum...

Mama Vogue said...

wsalam.... aminnnn....ehehhe kuli....yelah...mengingati kenangan lama adakalanya indah tetapi lebih membawa kepada luka lama berdarah kembali. Cinta yang penuh dengan ungkapan indah dan seolah-olah kita sedang dibuai mimpi tidak akan menjamin kepada kehidupan realiti. Ianya akan memakan diri sendiri dan lukanya tak akan sembuh dalam masa yang singkat. Sebagai hamba Allah kita patut bersyukur dengan jodoh yang Allah tetapkan kerana itu adalah yang terbaik untuk kita. Biarpun 'orang itu' lebih dahulu menghuni hati kita tak bererti 'orang ini' yang hidup bersama kita, kita tak berhak untuk bahagia. Bercinta dan menjalin hubungan adalah sesuatu yang manis kerana kita seolah hidup di alam mimpi tetapi bercinta dan berkahwin kita berpijak di bumi nyata. Kemanisannya akan lebih kita terasa bagaikan di syurga bila kehidupan kita dihiasi dengan anak-anak seumpama bunga-bunga di taman syurga....... Buat Syed dia masih sendiri....mama tak taulah entah sampai bila.Serik atau hati masih terluka hanya tuhan yg tahu barangkali. terima kasih mendengar nukilan hati mama pepagi buta. ehehe.....semoga Kuli juga beroleh sejahtera dan dilindungi Allah dan bertemu dengan jodoh seperti Khadijah dan Aisyah...Amin......