Sunday, June 22, 2008

Kuih Koci Buat Cengkerik Dan DF Tersayang

Di sini mama nak perkenalkan ibu saudara mama yg tersayang Hajjah Azizah. Beliau ini seorang yang sangat pandai membuat kuih-muih tradisional melayu. Dri Beliaulah mama banyak sekali belajar membuat kuih-kuih melayu. Kali nie mama nak tunjukkan pada korang semua bagaimana nak buat KUIH KOCI yag benar-benar original. Ni jaman dedulu. Mama sediakan kuih ni khas untuk Cengkerik dan DF tersayang......... dan kepada pembaca mama yg setia yg selalu melawat Blog mama nie.

Persediaan ini untuk 50 biji so sila kurangkan bahan-bahan dia utk anggaran yg korang suka




1. 2 biji kelapa parut putih

2. 1 helai daun pandan

3.1 kg gula melaka

4.. larutkan gula melaka dengan air di dalam sebuah periuk bersama pandan dan apabila gula mendidih masukkan kelapa dan gaul rata. Bila dah sejuk bulat-bulatkan kelapa seperti dalam gambar ini.





daun pisang dalam anggaran 100 helai dipotong bundar dan dilap bersih

1kg tepung pulut

1/2 cawan beras pulut hitam dikisar halus sehingga menjadi serbuk seperti tepung

Tepung pulut di gaul bersama tepung pulut hitam dan dijadikan seperti doh di atas. Cubitkan sedikit garam. kacau rata.

Ambil secubit adunan dan buat seperti dalam gambar

Masukkan inti kelapa tadi

Tutup inti dengan rapat-rapat

Bungkus kemas-kemas


Seperti dalam gambar dan ketepikan sebentar



Sediakan Dadih pula




1. 1 biji kelapa atau santan pekat dalam RM2.00
2. 1 helai daun pandan
3. 2 sudu tepung beras
4.Air satu cawan
Campurkan semua bahan ini dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga menjadi dadih. Biar sejuk.


Bila dadih dah sejuk, campakkan dalam 2 ketul doh yang telah dibulatkan

gauk seperti ini dengan sudu. Lakukan sehingga dadih menyaluti pada keseluruhan doh

Bubuh di atas daun pisang


Begini cara membungkusnya sama seperti membungkus nasi lemak tetapi hendaklah DITEKAN tengahnya seperti di atas.

Bungkus kemas

Seperti ini

Siap untuk dikukus

Siap dimasak

Siap untuk dimakan

yang telah siap di 'ngap' oleh mama


Jom DF ...Ceng ...kita makan sama-sama






































































































































































































































































No comments: