Friday, April 24, 2009

Resepi Sambal Tumis Udang

Udang adalah merupakan salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga. Biasanya apa jua nasi 'bertumis' yg mama masak di rumah lazimnya mama turut memasukkan udang sebagai menu tambahan. Mama tau semua org tahu bagaimana cara memasak udang sambal, tapi cara orang tua2 dahulu masak sambal mereka sering menggunakan 'tahi minyak' dan sedikit santan pekat untuk menyedapkan lagi masakan. Proses membuat sambal tumis juga sebenarnya memakan masa sehingga 2 jam lamanya. Ini adalah kerana untuk menjadikan sambal itu supaya lebih tahan lama. Jangan sekali2 masak sambal dengan api segak kerana ini akan memahitkan rasa sambal tersebut
Sambal Tumis Udang


1 kg udang
Udang yg telah dibersihkan digoreng sebentar dan toskan minyaknya. Tujuan udang digoreng ialah apabila kita memasukkan ke dalam sambal ianya tidak berair


3 labu bawang besar yg sederhana
1/2 labu bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 mangkuk cili kering dibuang biji
segenggam belacan
kunyit sebesar ibu jari
Kisar dan tumiskan dengan api kecil
Bila agak garing masukkan tahi minyak yg dibuat dari 1/2 biji kelapa
Bubuh gula dan garam dan sedikit air asam
Masak sehingga benar2 garing


Hidangkan


* Nasi Bertumis - seperti nasi minyak, nasi jagung, nasi serai, nasi baryani tumis, nasi hujan panas dan segala jenis nasi yg ditumis terlebih dahulu


*Tahi minyak -santan yg dimasak sehingga pekat dan menjadi kecoklatan bergentel2.











Tuesday, April 21, 2009

Koleksi Kesayang Mama (3) - Pinggan dan Cawan Antik

Saja- saja je.........



Pinggan lauk di atas cuma ada satu aje. Dulu kata emak ada banyak jugak lebihkurang dalam 20 biji tetapi banyak yg dah pecah.....Ya.....baru mama teringat. Pinggan itu bukanlah dibeli oleh emakpun tetapi 'hadiah'. Hadiah beli sabun dan dapat pinggan ni. Cawan dan piring pula juga merupakan hadiah beli kopi. Dulu kata emak dia ada dalam 1 dozen tapi dah pupus terus dari rumah emak. 3 biji cawan dan piring nipun mama songlap dari rumah nenek kemarin.
Mmm... bercerita tentang beli kopi dapat hadiah, baru mama teringat yg mama ada satu koleksi balang corak batik2 hadiah beli nescafe. Itupun mama dapat dari arwah nenek saudara. Yg itu coraknya sangat menarik. Nanti mama akan masukkan dalam entry yg akan datang.









3 pinggan leper dan 1 pinggan lauk corak bunga kekwa colour pink nipun mama songlap dari rumah nenek.




Set pinggan makan leper dan pinggan lauk bunga- bunga colour pink nipun di ambil dari rumah nenek juga. Walaupun sekali pandang nampak coraknya seakan hampir sama dengan yg diatas tetapi bunganya berlainan. Lama dah terperuk dalam cabinet dapur rumah nenek. Dulu masa kecik2 kalau tidur di rumah nenek, selalu makan di pinggan ini. makan lauk asam pedas ikan parang dengan lada hidup.


Pinggan leper bunga hitam berserta piring besar dan kecil juga dari rumah nenek dan kata nenek ada lagi dalam almari lamanya...nantilah kalau rajin mama akan selongkar. Malas betul nak bongkar2 rumah orang nie.




Pinggan corak bunga ros pemandangan jambatan ni pulak ada yg mama dapat dari rumah ibu saudara dan koleksi emak dulu kala. Terdapat 1 pinggan bujur, 4 keping pinggan makan leper, 1 pinggan leper besar, 4 keping piring leper dan 1 pinggan lauk mungkum. Yg lain banyak dah pecah ...... Yg ini pun lama dah terbiar dan baru 2 tahun lepas jadi hakmilik kekal mama.






Set pinggan makan leper ini ada 1/2 dozen...diambil dari rumah mertua


Koleksi cawan teh dan piring kuih tahun 1960an. Ini juga pemberian emak. Ini dari porselin buatan jepun dan mahal sikit... Buatannya pun halus.






Yang ini yang paling mama suka sebab piringnya besar dan boleh diisi kuih sekali disisinya. Set ini cuma ada 4 sahaja dan adalah merupakan hadiah perkahwinan emak dan arwah ayah pada tahun 1955. Dulu2 kalau kawan datang mama suka menghidangkan mereka dengan cawan ini. Tak payah susah2 nak basuh banyak2.







Oklah ......selamat menjamu mata....................Jumpa lagi dengan koleksi seterusnya.......

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi Kesayangan Mama (2) Mangkuk Dan Piring Antik


Barang-barang ini adalah dari Emak dan juga pemberian mertua serta Nenek. Ada lagi tak agaknya keluaran koleksi-koleksi seperti di bawah ini.



Mangkuk Puding tahun 60an keluaran Johnson Brother England. Sayangnya mangkuk kecil ini cuma tinggal 2 biji saja, yang lain semua dah pecah. Lama terperap dalam almari, mama keluarkan sebagai display dalam koleksi pinggan2 antik mama.


Piring kuih sekitar tahun 50an. Sangat unik dan menarik. Terdapat dalam warna pink, hijau dan putih dan ini adalah milik emak dahulu dan juga nenek. Kesemuanya 12 biji dan 6 biji telah diambil kakak mama.




Piring kek berwarna putih jernih dan koleksi ini cuma tinggal 3 keping dan yg lain pecah tetapi mama ada 1 lagi set piring kek yg sama pattern tetapi berwarna pink jernih yg masih lengkap....Tunguuuuuu di entry yg akan datang....


Koleksi piring2 kuih, kek dan mangkuk mencuci tangan yg dah jadi antik sekitar tahun 1950an


Balang menyimpan kuih kaca yg tidak kedap udara sekitar tahun 1950an dan 1960an


Mangkuk cuci tangan ataupun orang Johor cakap Air setangan, biasanya dulu2 disediakan time raya bila makan biskut, maka air cuci tangan ini disediakan dalam mangkuk kecil begini dengan sedikit aje air. Mangkuk ini akan disediakan berlapikkan piring dibawahnya dan mangkuk dialas dengan tuala kecil yg dilipat kelopak...nantilah bila senang mama tunjukkan.


Mangkuk besar puding sekitar tahun 1950an








Pyrex USA corak gambar binatang sekitar tahun 1950an. Yang ini tak boleh dibuat display sebab ada gambar binatang. Sayang nak guna sebab keluaran ini da tak ada lagi.







Byeeeeeeeeeee

Monday, April 13, 2009

Koleksi Kesayangan Mama (1)-Set Bunga Kangkung

Oleh kerana hubby berout station sehingga Tuesday, maka tiada apa2lah masakan special hujung minggu yg lepas. Since tinggal berempat, mama pakat dgn emak utk kemas2 rumah. membuang segala macam yg tak pakai. Kalau jual karung guni agaknya bole keluar duit muka kereta Viva sebijik! macam real aje. Atas lemari perhiasanpun dah macam baldu. Menanti masa untuk dilap. Mak ni satu perangai, kalau barang2 koleksi perhiasan mama dia tak berani nak usik, selalu dia sindir2 aje kalau mata dia dah tak sedap memandang. So pada hari ahad yg lepas mama pun ber OPERASI...........

Koleksi Pinggan Mangkuk Bunga Kangkung.......



Nampaknya koleksi set pinggan mangkuk corak bunga kangkung mama semakin bertambah......Sekadar mencuci mata...setelah koleksi ini ku cuci bersih dan lap kering. Biarpun orang kata ini hobby yg membuang masa dan kelakar tapi bagi mama ianya satu kepuasan. Mama suka pada sesuatu yg dah lapuk ataupun tidak digunakan orang lagi. Susah tau nak cari barang2 macam ni.....ianya juga mengimbau nostalgia lama. Sayang ...kerana corak bunga ini semakin pupus. Bila dah mula pupus barang2 seperti ini barulah kita akan mula menghargainya. Biasalah adat dunia.



Set Sudu Kaca Corak Bunga Kangkung

Nak tau berapa harga dia dia Jonker Street Melaka...RM25.00 1 unit....cekik darah nak mampus. Nasib baik dapat Rm0.80 sebatang kat Bandar Maharani





Set Mangkuk Sup dan Bubur Corak Bunga Kangkung




Set Pinggan Bujur, pinggan leper dan piring leper Corak Bunga Kangkung


Set Pinggan makan mungkum, pinggan lauk dan piring mungkum Corak Bunga Kangkung



Mangkuk nasi tambah dan mangkuk lauk Corak Bunga Kangkung


Koleksi set makan ini mama hias semula dalam lemari antik lama



Teko dan set cawan kopi Corak Bunga Kangkung


Teko dan set cawan teh Corak Bunga Kangkung


Set Chinese tea ( Yang ini lazimnya di majlis Perkahwinan kaum Cina mereka menghidangkan 2 set teko ini berserta cawan teh dan sebagai hantaran bertukar2 minum teh bagi pengantin



Rasanya macam belum lengkap...masih perlu ditambah set corak bunga kangkung nie..TAMAK Apasal ek nama dia org sebut corak bunga kangkung?..........kekekkekke...



Thursday, April 9, 2009

Resepi Bun Sosej Dan Sayuran Dari Resepi DF

Terlebih dahulu mama ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada DF yg sudi memberi resepi ni pada mama untuk mencubanya. Mama dahpun membuatnya dan rasanya sangat sedap sekali. Anak2pun suka. Disaat menaip nipun, bun tuh tengah penuh dalam mulut. Masih lembut walaupun dibuat semalam petang. Lepas ni berenti kerja bukak bakery.
bahan2nnya :

1 biji telur gred C
11gm yis
60 gm majerin
2 sudu besar susu tepung
(jika guna mentega tak perlu masukkan susu tepung)
10 gula
480 tepung roti berprotin tinggi
120 tepung gandum (kalau tak ada guna gandum aje)
1 sudu kecil bread improver (jika suka)
260 ml air


kesemua bahan di satukan dan gaul sebati


Putar 1 jam atau kurang sikitpun tak mengapa asal sehingga benar2 lembut dan kental
(petua dari Chef DF- semakin lama diuli semakin lembut- bila roti dah sejukpun ianya kekal lembut)



Biarkan sebentar



Bila naik 1 kali ganda mama tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin


bahagikan beberapa bahagian



canai doh


canai mengikut saiz hot dog


gulung perlahan2


sehingga menutupi keseluruhan hot dog


kemudian potong doh seperti sikat dan jangan sampai terputus


bentukkan ke kiri dan ke kanan dan biarkan sehingga ianya kembangdan naik


mama saja pelbagaikan


ni rupa orang malas


bila da kembang tabur sayuran campur dan picitkan mayonis dan sos tomato
(jangan bubuh sos cili kerana akan membuatnya menjadi amsam-petua Chef DF)

bakar dalam kepanasan 170c


Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa





Seisi rumah suka....kalau buat jualan laku jugakkkkk
Terima kasih Chef DF