mmmmm.......Korang pernah tak makan masakan Hong Kong. Hahaha..... Mee Hongkong sure semua orang pernah kan. Kali nie Mama nak menjamu mata korang dengan Porridge Scallop Hong Kong yang pernah diajarkan oleh seorang sahabat baik mama dahulu Jenny Soon. Dia ni budak Hong Kong, tapi mama telah ubahsuaikan serba sedikit memandangkan ada diantara bahan yang tidak halal untuk kita gunakan.Mama juga telah menggantikan Scallop Congee dengan sotong kering.
Cara membuat Bubur (Resepi dari Jenny)
5 keping sotong kering
Direndam sehingga kembang
Dirampai halus seperti Scallop Congee
Sotong yang telah dirampai direbus bersama dengan 2 cawan beras. Tanah sehingga menjadi bubur
Masukkan 1/4 bawang kecil goreng bersama 1 sudu besar minyak bawang tadi
(Sebenarnya bawang goreng ini hendaklah direndam seminggu bersama halia muda yang dihiris dan daun bawang yang dipotong 2 inci-hanya gunakan daun bawang di bahagian putihnya sahaja dan bahagian hijau tidak perlu) dan kemudian barulah dibubuh ke dalam bubur ini tetapi oleh karan tiada kesempatan waktu untuk mama berbuat demikan jadi mama hanya menggunakan minyak dan bawang goreng sahaja. dan sementara menunggu bubur kembang dan lembut bolehlah kita sediakan lauk sayurnya pula. Sepatutnya menggunakan pork tetapi mama telah menggantikannya dengan sayur sawi Hong Kong yang diajarkan oleh seorang sahabat cyber mama, Itammm...... Sungguh istimewa sekali resepi mama kali ini kerana menggabungkan dari 2 jenis masakan dari 2 orang sahabat.
Resepi Sayur Sawi Hong Kong (Dari Itamm)
Dalam anggaran RM3.00 sayur sawi hongkong segar (yang pendekpendek)
Rendam sayur di dalam air didih dan tutup periuk selama 1 minit, kemudian angkat sayur dan toskan airnya. Susun di dalam pinggan bujur
1/2 mangkuk kecil sos tiram
1/2 mangkuk kecil sos tiram
Tuangkan pula sedikit minyak bawang putih ke atas sayur bersama dengan sedikit bawng putih cincang
Siap untuk dihidang dan bolehlah makan bersama dengan bubur tadi.Buat sahabatku yang tersayang...Itammmm......
Walaupun kita tak pernah bersua antara 4 mata namun percayalah bahawa kau adalah seorang sahabat yang sangat istimewa bagi aku. Itammm...ketahuilah kau selalu membuat aku tersenyum dan selalu mencuit hatiku dengan gurauanmu. Aku selalu rasa terhibur bila melihat kau berbicara.....
Salam kasih sayang dari aku dan keluarga........muahhhhhh
Cara menyediakan bubur yang telah siap dimasak untuk dihidangkan
Masukkan beberapa senduk bubur yang menggelegak ke dalam mangkuk yang berisi telur mentah dan penuhkan sehingga menutup telur mentah tersebut
Tuangkan sedikit minyak bawang putih ke atas permukaan bubur
Bubuh sayur sawi dan biarkan dalam 5 minit sebelum dimakan. Dalam masa 5 minit telur di bawah permukaan bubur akan beransur setengah masak.
Bubuh sayur sawi dan biarkan dalam 5 minit sebelum dimakan. Dalam masa 5 minit telur di bawah permukaan bubur akan beransur setengah masak.
Cara makan bubur juga ada caranya yang tersendiri. Mula-mula cedukkan permukaan di bahagian atas sekali dengan sudu (Sama teknik seperti kita melihat orang menceduk tauhu lembik panas) Kita ceduk selapis demi selapis dan apabila tiba di permukaan yang bawah kita akan dapati telur yang mentah tadi telah menjadi setengah masak. Begitulah cara memakan Porridge Scallop sebagaimana yang telah diajarkan oleh Jenny kepada mama. Agaknya macam nie kot orang Hong Kong makan bubur.
Hey Guys, miss u all so much...........
Still remember this photo?.......
My Dear Friend Jenny.....
Still remember the 1st time U called me and kept laughing. I can senced that time... U look like a holly children that time but how come still became my advisor and at last we stayed under 1 roof. Thank for the time we shared.... and thanks for everything, the sweetest memories I had with U... just deep inside my heart no one can felt how warm it is the friendship that speared between all of us. Dont forget my Laksa Johor. Miss your Porridge Scallop and Yum Cha Tea. Appreciated a millions! Miss Birmingham and miss our memories.
I hope U find happiness and find someone who'll protect u better than him. I hope that person will be able to give U happiness. That person, I hope he'll be a very caring person.....
No comments:
Post a Comment