Tuesday, July 15, 2008

Makanan Berkhasiat Hidup Sehat

Ini ada lagi satu resepi yang ringkas dan mudah lagi menyehatkan untuk korang semua mencuba. Sangat sesuai dihidangkan untuk makan tengahari, makan malam, bagi ibu yang dalam pantang bersalin serta bagi yang kurang sehat. Jom kita kukus mengukus. Makanan sebegini sekarang telah menjadi amalan pemakanan kami sekeluarga kini.






4 ekor ikan kerapu sederhana besar dibersihkan, dibuang sisik dan perut


3 sudu besar minyak bijan


2 sudu besar kicap cair kikomen



sebiji limau nipis


Limau dan sos cair disatukan dan diperap pada ikan selama 1/2 jam




2 labu bawang besar

4 helai daun limau purut

2 batangs erai

1 labu bawang putih

1 1/2 batang cili merah

sebuku halia


Kesemua bahan rencah dihiris kecuali baang putih diketuk




secekak daun bawang

2 batang karot

1 tin cendawan butang

3 biji tomato



Kesemuanya dimayang halus atau dirampai kecuali tomato dipotong baji





Kesemua bahan dan rencah digaul menjadi sebati




Bubuh bahan atas dasar mangkuk atau pinggan tahan panas kemudian bubuh ikan diatasnya



Tutup ikan dengan lebihan bahan rencah tadi



Tuangkan 3 sudu makan sos lada hitam ke atas ikan



Kukus sehingga ikan masak atau selama 30 minit





Ikan yang telah telah siap dikukus




Bubuhkan beberapa sudu minyak bawang putih kata atas ikan semasa menghidang



Enak dimakan semasa panas...mmmmm.......

Selamat mencuba resepi yang sungguh mudah dan lazat ini. Semoga amalan pemakanan yang sihat ini menjadi kegemaran korang semua seisi keluarga.


























































































































No comments: