Wednesday, July 30, 2008

Kerisik Mudah Dan Cepat

Rasa mama semua orang tahu bagaimana nak membuat kerisik. Kerisik ialah sejenis bahan yang dibubuh ke dalam seseuatu masakan contohnya seperti rendang, korma, pajeri, bubur asyura dan lain-lain lagi masakan yang sewaktu dengannya. Sekarang ini kerisik boleh didapati di kedai-kedai mahupun di pasaraya. Di sini mama nak menunjukkan bagaimana membuat kerisik yang mudah dan cepat.

Kalau dulu, masa mama kecik-kecik, selalu rasa benci sangat nak buat kerisik sebab nak tumbuk berjam-jam barulah keluar minyak dia. Sekarang ni tak lagi. Jam tu nak maak jan tu jugak boleh sediakan kerisik.

Cara yang mudah ialah dengan menjemurkan kelapa tersebut di panas matahari lebihkurang dalam 1 jam. Kalau boleh cuba tutup dengan tudung saji yang berjaring agar tidak dihinggapi lalat. Tujuan kita jemurkan kelapa ini supaya semasa kita menggoreng kelapa ini ia akan cepat garing.

kelapa hendaklah digoreng tanpa menggunakan minyak dengan api yang perlahan
jangan sekali-kali berhenti dari membalik-balikkan kelapa kerana ia akan menjadi hangus


kelapa yang telah bertukar warna perang muda
Apabila kelapa telah bertukar kepada warna perang muda, lalu kita masukkan ke dalam pengisar dan bubuhkan sedikit minyak masak lalu kita kisar sehingga halus


Inilah hasilnya...mudah bukan??????..............






Monday, July 28, 2008

Yok Kita ke Singapura

mmmm....... jom kita ke negara jiran yg dekat sekali ngan Johor Bahru.......Tulah negara dimana emak mama dilahirkan dan kebanyakkan keluarga sebelah emak masih di sana. Di sana juga mama dibesarkan oleh nenek sebelum bersekolah. Masih mama ingat bermandi manda di laut Punggol. Semua tuh masih segar walaupun kampung nenek dah lama pupus.


kalau tidak kerana bintang
trek tek tek......
tidak bulan terbit tinggi
kalau tidak kerana tuan
takkan kami datang kemari
trek tek tek.......


pasang pelita diwaktu senja
biar menyala sampai ke pagi
trek tek tek.....


apa lagi da????........... lupa lahhhhhh,


Tulah antara lirik lagu yg popular semasa mama kecik2 kat spore dulu yang sering dinyanyikan oleh ibu saudara mama. Busu Leha. Baiklah bukan lirik lagu yang mama nak cerita tapi mama nak menjamu korang ngan satu resepi istimewa yang sangat popular kat Singapura nie.....Mee Siam Singapura. Mee nie menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga. Paling sedap Nenek mama iaitu Hajjah Rahimah bila dia memasaknya dan mama berasa puas hati kerana belajar masak mee ni dengan beliau dan terimakasih kepada Mak Uteh Saerah kerana selalu memberi resepi2 istimewa dari Singapura. Patutlah Pak Uteh Mail tak turun2 berat badan eheheehhe...jangan mare......

Baiklah jom sekarang kita ke dapur.....menyediakan mee nie taklah susah sangat kerana tak banyak bahan yang diperlukan tapi penyediaannya agak leceh sedikit. Baiklah perutpun dah lapar nie.

Langkah 1:

Kita mulakan dengan membuat kuahnya dahulu.

1 labu bawang besar

1 labu bawang putih



Tumiskan bawang kecik sebanyak 3 ulas

Kemudian masukkan 3 mangkuk cili kisar

dan segenggam udang kering dikisar halus


Ditumis sehingga garing dan kemudian masukkan sedikit air



Masukkan 1 botol tauchu



Semangkuk santan



Kepala udang dan kulit udang dicuci bersih dan dikisar halus

Tapiskan kepala dan kulit udang dan diambil airnya dan masukkan ke dalam kuah dan masukkan air lagi. Kuah hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masukkan gula, garam dan asam jawa. Boleh ditambahkan dengan asam keping jika ingin rasa masam yang lebih. Kuah mestilah berasa masam dan manis.


* kepala udang dan kulit udang sangat enak jika kita gunakan untuk membuat kuah mee, takkira mee apa jua.

Langkah 2

Kita Menggoreng mee pula.

Caranya sama seperti kita membuat mee siam goreng tetapi tidak memasukkan dengan berbagai rencah dan cuma menggunakan sedikit lada. Di sini mama menggunakan 2 bungkus mee dan sila kurangkan bahan-bahan mengikut keperluan


1 mangkuk cili kisar

1 labu bawang sederhana besar
1 labu bawang putih
kedua bahan di atas di tumis sehingga wangi

1/2 kg udang sederhana besar


Masukkan udang dan tumis lagi


masukkan mee



masukkan taugeh, kacau-kacau rata dan balik-balikkan kemudian matikan api
Langkah 3
Sesudah menggoreng mee, mari kita menyediakan sambalnya pulak. Caranya samalah macam kita buat sambal tumis ikan bilis. Kalau korang tak tau gak buat sambal tumis ikan bilis , meh mama tunjukkan.

Cili , bawang dikisar dan ditumis sehingga hampir garing dalam api yg kecil supaya tidak cepat hangit. Masukkan ikan bilis dan air asam, gula dan garam. Biarkan sambal agak garing.
Langkah 5
Sekarang sediakan bahan-bahan untuk santapan


Sambal Ikan Bilis

Telur Rebus dibelah 2 atau mengikut suka
Kucai mentah dipotong potong

Tauhu yang dipotong dadu dan digoreng
* Tektik menggoreng tauhu goreng ketika minyak masih belum panas agar lapisan luar tauh u nampak cantik dan masukkan sedikit garam agar tauhu tidak melekat

Limau kasturi dibelah 2
Langkah 6
Cara makan nak kasi tau gak ke? Ini sudah kes teruk ehehhee.......

macam nilah caranya

Kuah mee

Tuangkan pada mee dan makanlah masukkan ke mulut dan ngap......
Apapun mama masak di rumah tuh...namun si Adik cuma makan ini saja..........................

Nestum segera........ sian betul.......
Eh ada langkah-langkah lagi ke.......

Ni siapa lak nak makan


Dalam mangkuk plastik pulak

Siap berbungkus lagi...dan langkah mama pula adalah ke...................
untuk langkah seterusnya


Melangkah ke rumah Adik kesayangan.....Azuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Wei Azu nape aku call tak angkat-angkat...aku datang pun nyorok dalam bilik.........hari dah nak maghrib nie......

Istimewa buat Nenekku Hajjah Rahimah semoga Nenek sehat dan gembira selalu di samping cucu-cucu dan cicit-cicit tersayang....... Buat Mak Uteh Era, Long Ina, Busu Leha, Uda Tijah, Auntie sekha, Chik Julia dan semua ibu saudara kat sana tuh yang selalu menjengah Blog Zura nie terima kasih Zura ucapkan di atas tunjuk ajar, kasih sayang dan didikan. Buat sepupu2 Iwan, Yana, Farhana, Wani, Anis, Fida, Liana, Fatin, Ila, Gedung, Hafiz, Amir, Akhir, Akil, Juwita, Debab, Comel, Faizal, Rizal dan lain-lain lagi yang tak disebutkan tu jangan marah ramai sangat......Terima kasih sebab selalu melayan kami yang macam itik gembo gembo nie....Buat Iwan, Yana dan Farhana terima kasih ler bebanyak sebab selalu jadi kami punya money changer yang murahh ati...paham paham ler ya.......
Buat Amir dan pasangan......
Amir and Sandra, congradulations and best wishes on your upcoming Marriage. Looking forward to seeing you Amir after all these years and meeting your beautiful bride to be. May God's blessings be upon this union and bring you both many years of joy and happiness.

Buat kawan-kawan yang berada di singapura seperti Mia, Baby Darling, Mas, Wati dan lain-lain...semoga berbahagia...........
Selamat menjamu selera.....





























Monday, July 21, 2008

Mama Dahpun Bergelar Nenek

Alhamdulillah....... akhirnya anak saudara mama selamat melahirkan seorang Puteri....... pada 27 Jun, 2008. Comelnya cucu mama nie....So sekarang mama dan papa dahpun bergelar Nenek dan Atuk.......

Gambar yang diambil sebaik sahaja baby dilahirkan

Semoga cucuku menjadi anak yang solehah......
Tahniah Auntie Zura dan Uncle Joy ucapkan kepada Azlia dan Rahimin yang baru menimang cahaya mata seorang puteri. Semoga kalian berdua menjadi ayah dan ibu yang cemerlang dalam mendidik anak-anak. Ingatlah anak-anak adalah kain putih dan kitalah sebagai orang tua yang harus mencorakkan warnanya.......
Salam sayang dari kami buat Azlia, Rahimin dan Nur Alyssya Raihanna......

Friday, July 18, 2008

Bebola Daging Mutiara...mmm elok buat rantai

MMM....... satu lagi resepi mudah yang sangat mudah dan senang sekali menyediakannya. Tak perlu keluar belanja banyak dan cepat.


3 sudu besar kicap cair kikomen
seibu jari halia
3 tangkai daun bawang
sebiji telur


1 cawan beras yang direndam 2 jam ataupun beras pulut yang direndam semalaman.
Kemudian toskan airnya sehingga kering

1/2 kg daging cincang
1 batang lobak merah

Lobak, halia, daun bawang dicincang halus

Telur dipukul bersama kicap dan digaulkan kesemua bahan bersama

Buat bebola


Golekkan di atas beras yang telah direndam ataupun pulut



Bubuh di dalam pengukus yang dialas dengan sedikit daun pandan



Kukus 1/2 jam



Siap dihidangkan dengan makan begitu sahaja kerana jika kita ambil dalam kuantiti 3-5 biji sama seperti memakan nasi. kenyanggggggg

Selamat mencuba.......

*Sajian ini adalah asal dari masakan asli Cina yangsepatutnya dibubub bersama berangan tapi oleh kerana satu kg cari berangan tak jumpa mama bubuh lobak sahaja. Anak-anakpun suka.



























Tuesday, July 15, 2008

Makanan Berkhasiat Hidup Sehat

Ini ada lagi satu resepi yang ringkas dan mudah lagi menyehatkan untuk korang semua mencuba. Sangat sesuai dihidangkan untuk makan tengahari, makan malam, bagi ibu yang dalam pantang bersalin serta bagi yang kurang sehat. Jom kita kukus mengukus. Makanan sebegini sekarang telah menjadi amalan pemakanan kami sekeluarga kini.






4 ekor ikan kerapu sederhana besar dibersihkan, dibuang sisik dan perut


3 sudu besar minyak bijan


2 sudu besar kicap cair kikomen



sebiji limau nipis


Limau dan sos cair disatukan dan diperap pada ikan selama 1/2 jam




2 labu bawang besar

4 helai daun limau purut

2 batangs erai

1 labu bawang putih

1 1/2 batang cili merah

sebuku halia


Kesemua bahan rencah dihiris kecuali baang putih diketuk




secekak daun bawang

2 batang karot

1 tin cendawan butang

3 biji tomato



Kesemuanya dimayang halus atau dirampai kecuali tomato dipotong baji





Kesemua bahan dan rencah digaul menjadi sebati




Bubuh bahan atas dasar mangkuk atau pinggan tahan panas kemudian bubuh ikan diatasnya



Tutup ikan dengan lebihan bahan rencah tadi



Tuangkan 3 sudu makan sos lada hitam ke atas ikan



Kukus sehingga ikan masak atau selama 30 minit





Ikan yang telah telah siap dikukus




Bubuhkan beberapa sudu minyak bawang putih kata atas ikan semasa menghidang



Enak dimakan semasa panas...mmmmm.......

Selamat mencuba resepi yang sungguh mudah dan lazat ini. Semoga amalan pemakanan yang sihat ini menjadi kegemaran korang semua seisi keluarga.