Wednesday, December 30, 2009

Pinggan Buah Berbiku Dan Piring Empat Segi

Pinggan Buah ini aku dapatkannya di rumah ibu mertuaku. Di dasar pinggan ini terlihat ukiran bentuk buah-buahan dan sekeliling pinggan ini berjalur2 dan berbiku-biku. Cantik sungguh pada pandangan mataku. Kata mertua pinggan buah-buahan ini digunakan olehnya untuk meletak buah-buahan segar di atas meja pada suatu masa dahulu. Sehingga kini ibu mertuaku masih meletakkan buah-buahan ke dalam pinggan ini. Oleh kerana ibu mertuaku mempunyai 2 biji pinggan ini maka satu daripadanya diberikan kepadaku. Selain dari buah-buahan pinggan ini boleh juga diletakkan puding, agar-agar dan kek serta kuih miuh. Pinggan buahini dibeli oleh mertua pada awal tahun 1950an.



Piring berbiku-biku empat segi ini pula adalah dari emaku sendiri. Piring ini aku masih ingat lagi kegunaanya semasa hari raya semasa zaman kanak-kanakku sehinggalah aku remaja. Piring ini emak menggunakannya kepada tetamu untuk menghidangkan biskut dan kek semasa hari raya. Biskut dan kek akan disimpan di dalam balang kuih dan piring ini diletakkan disisi kanan dan kiri meja dan dibiarkan kosong. Bila tetamu datang mereka sendiri akan membubuh kek dan biskut beberapa keping ke dalam piring ini dan menjamunya. Piring ini emak membelinya di Singapura pada pertengahan 1960an.











Emak akan marah kepada kami kalau tidak meletakkan piring-piring ini bersama di sisi balang kuih yang penuh berisi kerana bagai tidak menghormati tetamu. Dengan cara ini kata emak tetamu dapat menikmati juadah dengan selesa dan seberapa banyak yang mereka suka.






2 comments:

shima said...

salam zura,
bestlah zura ni banyak betul rezeki datang bergolek... k shima suka baca sejarah almari lama ni... barang2 dalam tu pun...best juga..untung ya..kalau tau menghargai khazanah lama

Mama Vogue said...

Wsalam kak Shima. Alhamdulillah kak. rezeki yg datang bergolek tuh kebanyakkannya datang dari warisan keluarga. Khazanah mni semua bayak dah pupus dan susah nak dapatkannya sekarang ini kan. Akak apa kurangnya. Saya suka tengok akak buat patchwork dan saya juga sedang membuat patchwork yg dah hampir 11 thn tak siap2