Thursday, December 17, 2009

Gerobok Antik 1




Ini adalah almari ataupun lemari ataupun kata orang Johor gerobok yang pertama sekali aku miliki didalam tahun 1999. Almari ini mama beli di kedai yang menjual perabot antik di Benut Pontian. Masa tu baru pindah rumah dan sedang mengandungkan si kakak.
Mula2 singgah untuk cuci mata dan mencari benda lain tetapi inilah pulak yg mama berkenan. Rupanya pada masa itu taklah macam dalam gambar ini. Cerminnya pecah dan handle daun pintunya juga ada yang dah terkopak tetapi kayunya masih utuh dan tegap. Setelah disuruh baik pulih dan ditukar handlenya barulah nampak macam baru. Almari ini dalam sekitar tahun 1950an dan 1960an. Mama pernah lihat keluaran gerobok macam ini di sebuah kedai perabot yang menjual perabot baru dan mama bertanya adakah ini keluaran design baru tetapi tokeh kedai tu cakap dia meniru design almari lama. Walaubagaimanapun pembuatannya tidaklah sekukuh yang mama ada ini. Mama suka almari mama ini kerana ianya simple dan tidak mempunyai ukiran2 yang bila dilihat akan menyeramkan. Almari ini rasanya tidak mengikut musim dan bolehlah dikatakan evergreen sebab ianya masuk walau di dalam apa jua zaman. Segala isi di dalam almari itu sering bertukar2 mengikut mood kami suami isteri.

2 comments:

~Yatt~ said...

salam kak zura..
thanks sbb buat n3 utk saya ye..
yg nie best kan akak..boleh sumbat banyak2..adusss geram tengok..akak beli bape ribu dulu?..yg nie ke rm900 tu?..cun sehhh..

Mama Vogue said...

Wsalam Adik Yatt Sayang....


Yup memang N3 khas utk Adik yatt cayang as per our ym conversation yesterday. Ni memang besar dan berat bangat, tapi skrg dah tak boleh sumbat semua sebab koleksiku semakin bertambah walaupun x byk mana. Ni x ada nya ribu riban. hanya RM900 saje. ehehhe