Friday, November 28, 2008

Chinaware Yang Menggamit Kenangan - Tea Set Dan Pinggan Mangkuk Antik

Masa 2 malam di rumah Nenek, mama sempat menyelongkar ke dalam stor orang tua tuh.....menelek 3 buah kotak kayu hitam yg bermangga. Kuncinya hilang entah kemana. Puas diompel namun tenaga mama yg tak cukup nie hanya melenguhkan saja tulang belulangku. Kebetulan sepupu mama sampai, mamapun mengerah dia mememcahkan peti tu. Huh......Nenek mungkin ada simpan harta karun, gurau sepupu mama Iwan. Susah gak nak pecahkan peti tuh. Bila dah dipecahkan terdapat 2 kotak yg penuh sarat berisi pinggan mangkuk, Hishhh.....sepupu mama bersin 3-4 kali sewaktu melihat debu abuk dan segala macam benda yg menempel kat piring dan pinggan mangkuk tersebut. Buangkan saja kata Nenek. Mama cepat2 mengangkut pinggan mangkuk tersebut dan merendamkan dalam besen besar. Habis sabun dynamo Nenek mama tuang ke dalam besen. Satu malam merendam pinggan mangkuk yg dah tak berupa nie....Sayangnya......




Piring pun dah tak nampak corak dek terlekat dengan kertas yg dah entah berapa puluh tahun

Walaupun duduk dalam kotak ia tetap berhabuk dan berdebu

Cantik pulak bila dah dicuci bersih dan dilap kering

(Mama suka sangat corak bunga ros hitam ni... klasik sungguh)


Set pinggan, piring dan set cawan corak bunga hitam yg dahpun dijadikan koleksi antik mama

Kata Nenek, set nie dulu cukup utk 6 hidang punya makan. Kalau 6 hidang bermakna 24 kepinglah tiap satu. Pun begitu set nie tak cukup dah. Mama cuma dapat 6 keping pinggan makan, 1 pinggan mungkum lauk, 1 piring besar, 1 piring sedang dan 1 piring kecil serta 6 cawan dan piringnya. Jadilah....... Set nie dibeli dalam tahun 50an kata nenek tetapi dia baru sikit dari set corak pinggan bunga kangkung.

Tea Set utk 4 org sekitar tahun 1930an.

Satu lagi yg mama dapat ialah set lengkap cawan dan piring minum teh berserta mangkuk gula, susu dan tekonya sekali. Set ini ialah hadiah perkahwinan Nenek dengan Atok pada 28.10.1937. Siapa yg menghadiahkannya nenek tak ingat dah........Klasik sungguh corak pemandangannya...sangat mendamaikan.

Set makan dan cawan kopi corak bunga kangkung yg masih lengkap

Set yang di atas pulak ialah set corak bunga kangkung dan ini lah corak yang sangat popular dan paling ramai orang suka. Rasanya disetiap rumah pasti ada set corak bunga nie..... Kalau tengok gambar di majlis kenduri, majlis kawin...memang set nilah yg menjadi pilihan. Set ni mama tak ambil di rumah Nenek tetapi set nie adalah kepunyaan emak mama. Set corak nie diberikan oleh Nenek kepada emak sewaktu emak baru berkahwin dengan ayah. Dulu kata emak ada 1 dozen tapi sekarang dah tinggal 1/2 dozen sebab diberi 1/2 dozen pada ibu saudaraku. Corak nie emak tak suka sebab tu masih elok dan tak pecah. jarang digunakan. Emak hanya simpan saja sampai kini dalam gerobok pinggan mangkuk tak pakainya.

Sekadar Hiasan (cewahhhhhh....macam dalam majalah lak)

Memang set di atas ialah sekadar hiasan saja kerana tak cukup dah setnya. Di rumah kami dulu2 masa mama kecik2 set nilah yg emak selalu gunakan. Semua sekali ada 4 set. Set ini sangat popular di pertangahan tahun 1950an hingga pertengahan 1970an. Corak plain tanpa motif bunga. Yg biru tuh made in china dan yg 3 lagi tuh mama tengok made in england. Emak memang simple tetapi dia sangat cerewet dan teratur. Emak akan menggunakan keempat2 set ini secara rotate setiap minggu dalam sebulan. Sebulan ada 4 minggu so seminggu sekali mesti warnanya akan bertukar. Tak ada siapa pun yg macam mak diantara kami adik beradik yg mengikut perangai mak yg cerewet nie. Tak sanggup mama nak keluar masukkan pinggan mangkuk setiap minggu berganti2. Pakai sampai jemu dalam 3-4 bulan baru tukar ke set yg lain pulak. Set yg tinggal inipun byk dah tak lengkap, yg hijau tuh dalam berapa keping aje pinggannya, begitu juga warna yg lelain. Cuma yg pink dan biru aje yg masih ada pinggan dan piringnya. Teko dan cawan2 semua pecah. Mama masih ingat lagi selalu mengikut emak ke kedai Melayu Toko Sumatra di Jln Trus untuk menambahkan koleksi pinggan mangkuk jenis ini. Emak tak beli selepuk, maklum ajelah...emak akan beli dalam jumlah sedikit2. kesian emak........

Set kopi corak bunga ros hitam dan pink tahun 1950an

Set ini merupakan set hadiah perkahwinan emak dengan ayah pada 13.11.1955 dari adik mama. Tekonya juga dah pecah. Mama suka sangat corak bunga ni, nampak sweet. Di rumah ibu saudaraku banyak sungguh kolesi cawan dan piring ini

Koleksi pelbagai piring tanpa cawan

Dan ini pula koleksi piring yg cawannya dah pecah2 dan yg tinggal cuma sekeping. Pun mama simpan sebagai kenangan dan koleksi peribadi.

Nilah saja yg dapat mama paparkan buat kali nie. Banyak lagi koleksi2 pinggan mangkuk, cawan dan lain2 barang2 dapur antik yg akan mama postingkan kemudian. Semua ini sudahpun menjadi koleksi peribadi dan kenang2an buat mama. Adakalanya kalau memasak masakan ala kampung dan masakan zaman dulu2 mama akan menggunakan pinggan mangkuk ini untuk menaikkan semangat dan selera ahli keluarga disamping mengimbau kenangan masa lalu dan juga bercerita dengan anak2 bagaimana kehidupan di waktu mama kecik2 dulu selain gambar2 yg masih disimpan dalam album keluarga.




2 comments:

jaketbiru said...

nide suka corak bunga rose hitam tu mama...
minggu lepas nide ada balik kg sebab anak sedara buat majlis persandingan.. (reawang ler jugakk)..

btw nide ada gak angkut pingan antik dari kg bila balik ke KL heheheheheeheh

Mama Vogue said...

kekeke....Nide...yok kita tukar2 jamu mata pasal pinggan mangkuk antik nie....kita tengok siapa y paling byk