Friday, December 5, 2008

Mai Kita Pulun Kari Daging Rieh Pisang

Lani chek nak posting satu resepi daghi utagha......mmmm......resepi femes gulai dagin campoq rieh(btg) pisang......resepi ni di ajaq oleh bekeh bakai mak mentua tak jadi. Harap2 bekeh bopren lama ada membaca posting nie....sibuk dok tanya dah buat belum. kuang .... kuang... kuang...

Gulai Kari Daging Batang Pisang
1kg Daging Lembu Fresh dicuci bersih dan ditoskan airnya

3 ulas bawang kecil dimayang
Sejari kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
2 pelepah daun kari
Kesemua bahan diatas ditumis sehingga wangi
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
(Dikisar halus)
Tumiskan bahan kisar
1 mangkuk rempah kari daging
Masukkan rempah kari daging dan tumis sehingga terbit minyak

Bia dah hampir garing masukkan daging
Kacau sebati dan masukkan sedikit air dan didihkan sehingga daging empuk

Sementara menunggu daging empuk mai kita siangkan umbut pisang ni
Umbut pisang ini terdapat dalam batang pisang, sama jugak macam umbut kelapa. Kita ambil empulur dia yg lembut tuh. Kaedah memotong umbut ini ialah dengan cara memotong dari bawah ke atas. Caranya dengan mata pisang mendongak ke atas. Ini ialah kerana apabila kita memotong dengan cara biasa iaitu mata pisau ke bawah, getahnya akan melekat2 pada mata pisau dan ini akan meyukarkan.

Umbut batang pisang yg siap dibersihkan


1/2 mangkuk kerisik


1 cawan santan pekat


Masukkan santan dan kerisik ke dalam kuah daging
Kuah nak kena pekat tak bulih ceqhoi

Akhir sekali masukkan umbut pisang. Perasakan garam


Mai lah pekena gulai kari daging rieh pisang lani jugak.............
Terima kasih kepada Umi Syarifah Mariam kerana sudi melayan chek yang nun dari selatan pasai resepi gulai daging campoq rieh pisang nooo..... Loghat pun tak betoi nie sebab tuh tak jadi menantu......hishh hemoi chek nilah. Kepada She jugak yg tolong mama nie meyiapkan posting nie...tima kasih lah bebanyak. Budimu takkan ku lupa. Kepada Syed Zamir, chek mintak maaplah banyak2...tak dan nak masakkan hang gulai nie. Tau2 aje hang dah kena singkiaq dengan chek. Bukan apa, hang tuh perenguih sangat dengan chek. Segheyau chek.... lagipun kita da- oh......hehehe..... Semoga hang bahagia selalu nooo........
Salam sayang buat semua........................












No comments: