Monday, August 18, 2008

Benderaku Hijau dan Sambalku Hijau....

Siapa suka pergi makan dekat Restoran nasi padang? Mmmm....masakannya sedap, pedas, masinpun ada dan berlinang minyak. Mama suka makan dekat restoran Minang nie..... sebabnya yang buat mama minat sangat makan kat situ ialah sebab ada sambalnya yg kaw kaw. Sambal dia ialah Sambal yang diperbuat dari lada hijau. Mudah saja menyediakannya tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal. Tak habis leh simpan dalam peti sejuk dan esok masuk microwave dan panaskan lepas tuh makan dengan ikan kering.

2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
20 tangkai lada hijau segar
3 biji tomato hijau (dihiris halus2, ini tomato hijau dah bertukar menjadi merah... so tibai jelah)
3 biji limau kasturi/limau nipispun ok gak


Lada hijau dibuang tangkai dan dikukus

Sehingga layu begini


Kemudian ditumbuk tetapi jangan sampai halus begini

Bawang putih dan bawanng besar dikisar halus

kemudian kita tumiskan lada yang telah ditumbuk dan bawang yg telah dikisar dan masukkan tomato hiris


Masukkan perahan limau, garam dan gula mengikut citarasa masing-masing


Biarkan ia merenih sehingga masak tua


Tu diaaaaa........
Hantar kat Nide....bagi dia leleh air liur....






Udang Timur Tengah

Lama tak menjengah blog, nak masukan sambal udang timur tengah nipun tak sempatlah. Asik bz aje manjang. Ekekkeeke....ngalahkan bos2 pulak. Kali nie mama nak menjamu korang ngan udang pulak. Simple aje ya bagi yg malas2 nak masak tuh. Masakan nie masakan dari timur tengah, kononnya. Masakan Sambal Arab + India + Melayu ler konon tuh. Jom kita tengok apa bahan dia.

1 batang serai dititik
Satu pelepah daun kari
1 sudu besar biji sawi, jintan putih, halba, jintan halus (Senang citer rempah penumis ikan)


1 kg udang segar dibuang kepala

2 sudu besar butter dipanaskan


Goreng udang sehingga hampir masak dan ketepikan


Tumiskan pula daun kari, rempah penumis dan serai


1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dikisar halus


Masukkan cili yang telah dikisar


Sediakan sedikit air asam jawa


Masukkan udang yang telah digoreng


Siap....Selamat makan....................................








Sunday, August 10, 2008

Lunch Yang Sangat Memboringkan...

Kelatnya mata nak bangun pagi nie....... Handphone alarm lak berbunyi. mmmmmm........Apa nak buat breakfast nie ek. Papa dalam bilik air mandi. Eh hujung minggu upanya. Lerrr..... Tido balik ler, tapi tak sampai 5 minit aku nak lelap, papa lak dok goyang2kan badan. Aduh nak apa lak lagi nie. Mmm...... nak pegi main bola pulak katanya lepas solat subuh nie. Lantaklah..... mama nak sambung tidur nie.

Gedebak gedebuk aduhh bising tak senang nak tidur. Keh keh keh...tulah tengok isteri baru tak bangun sehari dah kelam kabut cari jersey, cari stokin, cari kasut bola. Mama buat tak paham jek. Sebenarnya merajuk nie..... ehehe.......

Sedar2 dah pukul 9 pagi. Terus bangun cuci baju, basuh toilet. Mandi.... Fikir apa nak masak. nak call papa tanya dia nak makan apa tak jawab lak. Tak apalah. Cadang nak buat soto. Daging cincang lak tak ada nak buat begedil.

Bila dah tengahari papa called suruh masak udang tapi dia tak balik makan sebab ada lawan bola 9 side. Sukatilah.......

Makan pun dah lambat....... Kakak pun buat muka kelat, tak jawab bila ditanya, tapi hari nie dia jadi camera girl mama untuk sessi masak memasak. Sampai pic kat bawah nie semuapun kakak ambik jugak.


Menu makan tengahari Ahad

Namun Adik cuma makan Ayam Goreng kalsan saja ngan Kicap Tamin...lerrr nape kakak dengki kat Adik amik pic macam tuh. Mana kepala Adik???????

Rupanya senyap2 kakak snap pic mama.....Aduh...kakak nape tak cakap......Nampak tul muka boring mama ...........

Sesungguhnya tengahari tu cuma makan ber2 aje ngan Adik, Kakak disuruh makan tak mahu. Diam aje.... Kakak pun tak ada mood agaknya.

Boring...........!!!!!!