Monday, September 8, 2008

Ala-Ala Restaurant Kenny Rogers Di Rumah Mama

Kalau nak makan ayam ala2 Kenny Rogers tu silalah salin resepi nie ya..... Puasa nie tak leh ckp byk2 letih. Kang salah ckp batal lak puasa mama....Baik berwirid byk2 kan.hahahha........ Oklah jom jamu mata berbuka puasa di teratak mama.....

Ayam Rosemary ala-ala Kenny Rogers
Mula2 kite rebus sebiji lemon, kalau kecik kita rebus 2 biji sehingga lembut
Kemudian kita buangkan airnya dan cucuk2 dgn garfu sehingga mengeluarkan jus


Sumbatkan lemon tersebut ke dalam perut ayam yg telah kosong. Tolak dalam2 dgn garfu sehingga ke atas sekali. Lebihan jus tadi bolehlah kita siram ke dalam perut ayam tersebut

Sedikit Rosemary kering dan sedikit minyak zaitun

Rosemary kering dicampurkan bersama minyak zaitun
Tumbuk kasar lada hitam


Dan 1 labu bawang putih (bawang putih, lada hitam disatukan bersama rosemary tadi dan perap sekajap 10 minit)

Sementara itu kita rebuskan 1 batang carrot bersama 3 biji kentang (Cuba dptkan baby carrot dan baby potato sehingga empuk)
1 pokok brokoli sedang dipotong2
2 biji tomato dipotong baji

1 tin young corn (jagung muda)

2 labu bawang sederhana bsr

1 tin cendawan butang (button mushroom)
Kesemua nya disatukan apabila telah menggaulkannya bersama rosemary tadi

(Sebahagian carrot, kentang, cendawan, jagung, bawang, tomato, brokoli di gaul bersama rosemary tadi dan disumbatkan ke dalam perut ayam dan selebihnya kita simpan utk dibubuh di luar ayam pd 10 minit terakhir pembakaran)


samada jahit perut ayam tersebut ataupun cuck2 dgn lidi agar segala apa yg kita sumbat didlm tdk terkeluar. Lebihan rosemary tadi kita lumur serata badan ayam yg mungil tu.kaki ayam tu pun kita cucuk dgn lidi agar ianya melekat pd badan.


Bakar1 jam atau sehingga kekuningan


pada 10 minit terakhir kita taburkan sebahagian buah2an sayuran tadi

Ayam yg telah siap dibakar

Dan bersedia utk di bedal....Tengok...perut dia mama dah belah...nampaklah segala isi di dalam tuh..... dan makanlah sepuas2nya.....mmmmmm sedap...Anne boleh makan sebelah tu sampai habis dan yg sebelah tu terpaksa mama, papa dan Adik kongsi sama2.....
Selamat mencuba...











































Friday, September 5, 2008

Hitan-hitam Si Tampuk Manggis

Bulan2 puasa nie kalau ada sesiapa yg bekerja tapi teringin gak nak masak cubalah resepi nie. Senang dah mudah aje. Sebelum pegi keje tuh korang bolehler perapkan ayam nie. Lepas tuh bila balik terus aje goreng dan buat macam yg mama ajarkan nie.....Resepi nie adalah hasil dari cetusan idea mama sendiri tau....

AYAM MASAK HITAM MANIS
Satu sudu besar ketumbar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
1 labu bawang sederhana bsr
6 ulas bawang putih
3cm halia
Kesemuanya ditumbuk halus
dan dilumurkan pada ayam dan perap 8 jam
Bahan A
1 jari kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
4 ulas bawang kecik dihiris
Bahan B
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inchi halia

Bahan 3
2 sudu besar serbuk kari ayam

Tumis bahan1, bahan 2 dan masukkan bahan 3


Masukkan 1/2 mangkuk kicap


Masukkan 1/2 mangkuk tomato sos


Masukkan 1 sudu besar sos tiram

Masukkan sedikit air agar ia tidak kering dan bila kuah dah mendidih masukkan ayam balikkan dan matikan api lalu tabur dengan cili padi


mmmmmmmm...................silalah santap wahai kawan2............................
Selamat berbuka puasa.................












Kimchi Dan yana

Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu berfoto agar terlihat sedang tersenyum sebagai pengganti kata "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggris.

Kali ini atas permintaan Yana mama akan menunjukkan cara2 membuat kimchi dari kubis Cina atau kubis panjang, tetapi dikalangan chatter Laman Asmara Kubis ini dikenali sebagai KOBOS. Kami lebih sinonim dengan gelaran KOBOS dari KUBIS kerana belajar dari Benatara Guru Aryana Kesumaaaaaaaaa.............. ehehehhe..........

Kimchi adalah sejenis makanan jeruk sayur yang sangat terkenal di negara Korea dan Jepun Di Korea terkenal almari khusus untuk kimchi ataupun disebut sebagai peti sejuk menyimpan kimchi.. Sebagian besar orang Korea membuat kimchi dalam jumlah banyak sewaktu musim sawi putih di musim dingin sehingga perlu peti sejuk khusus untuk menyimpan persediaan kimchi selama setahun.

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersehat di dunia" menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan kemungkinan dapat mencegah penyakit kanser.... Wah ini sudah bagus nie...Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesehatan, apalagi ditambah kultur bakteri hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Pemakaian serbuk lada merah dalam jumlah banyak pada kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesehatan.

baiklah mari kita sama2 belajar buat kimchi ......
langkah kita yg pertama :-



1biji kubis panjang atau kubis Cina yang segar dicuci setiap kelopaknya


Kemudian kita toskan airnya dengan cara membalikkan begini selama 1 malam


Apabila airnya telah kering kita taburkan garam disetiap kelopak kubis tersebut


Masukkan kubis kedalam bekas kaca dan taburkan lagi garam di keseluruhan permukaan kubis


Selepas itu kita tekan kubis tersebut dengan objek yang berat seperti alur lesung. Di sini mama menindih dengan batu ulek supaya ianya mampat


Biarkan semalam juga
Langkah kita yg kedua:-

Selepas 24 jam kubis tersebut akan mengeluarkan air garam semulajadi dan kita simpan kubis tersebut selama beberapa hari
Adalah lebih baik kubis yg diperam dengan garam disimpan didalam mangkuk tanah seperti ini

Kubis selepas 5 hari
langkah ketiga:
Cuci semula kubis tersebut sehingga rasa garam tersebut hilang atau berkurangan
kemudian kita perahkan kubis tersebut dan toskan airnya
Langkah keempat:-
Semangkuk udang kering
1/2 labu bawang putih
2 cm halia
Kesemuanya dikisar halus
Taburkan serbuk lada mengikut citarasa, boleh juga dibubuh lada padi

2 rumpun daun bawang dipotong 2 inci


2 sudu besar sos ikan

Sos digaul bersama bahan2 kisar dan dibubuh gula mengikut citarasa


Masukkan daun bawang


Kemudian kita lumurkan bahan ke dalam setiap kelopak kubis dan permukaaan serta keseluruhan kubis


Simpan semula kubis didalam mangkuk tanah seperti didalam gambar langkah 2


hidangkan selepas seminggu dijeruk (Teringat cerita Autumn in my heart)

Selain kimchi ini dimakan bersama nasi putih kita juga boleh menggunakan kimchi sebagai bahan untuk membuat nasi goreng dan sup kimchi bersama daging....mama akan menunjukkan diminggu yang akan datang..Ewahhhh...macam rancangan dalam TV pulak...rancangan masak memasak....


Bye................

p/s : Semoga Yana berpuas hati dengan resepi kimchi kobos(kubis) yang mama tunjukkan di sini. Jika terdapat apa2 kekurangan sepuluh jari jua kususun sebagai tanda maaf. Semoga Yana beroleh kesejahteraan dan bahagia selalu. Semoga persahabatan kita yg terjalin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Senyum sokmo yana.....