Thursday, March 26, 2009

Rendang Sayur Negeri Sembilan

Orang negeri Sembilan memang terkenal dengan masak lemaknya yg sangat lemak dan pedas. Berbagai jenis juadah dari sumber santan yg banyak terdapat pada jenis masakannya. Seperti yang kita telah sedia maklum masakan dan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain, samada lauk pauk, kuih muih mahupun air minuman. Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masakan dan makanan mereka mempunyai cara pengadunan yang berbeza sehingga melahirkan citarasa yang cukup istimewa dan unik. Sebagai warisan tradisi, masakan dan makanan tradisional Melayu Negeri Sembilan begitu banyak sekali mengandungi pelbagai bentuk, rupa dan cara membuatnya yang berlainan sehingga timbul identiti Negeri Sembilan yang tersendiri yang kebanyakkannya menggunakan santan dan cili padi seperti masak lemak kuning lada api, rendang, masak salai, masakan bakar, masak lemak putih, rebus celur dan lain2 lagi.
Oleh kerana beriparkan kakak ipar dan bermak sedarakan yg kedua2nya 'ORANG NOGORI', maka mama telah sinonim dengan masakan dari negeri sempadan negeri bersejarah iaitu Negeri Sembilan. Kali ini bukan ikan atau daging yg menjadi pilihan masakan mama tetapi adalah dari jenis daun. Daun yg seakan daun herba kerana mempunyai rasa yg kelat dan kepahit2an tetapi apabila telah dimasak ianya mengeluarkan aroma yg cukup wangi dan rasa yg sungguh lazat sekali. Daun ini namanya ialah DAUN MAMAN. Pertama kali mendapat info tentang kisah daun maman ini ialah dari seorg sahabat cyber di SKYPE iaitu Kak Norizah. Kami berdua mempunyai minat yg sama iaitu memasak. Kak Norizah inilah yg menceritakan pada mama bagaimana sedapnya daun maman apabila dicampur daging atau ayam ketika membuat rendang. Ianya juga boleh direndang begitu sahaja bersama santan pekat dan cili padi serta ikan bilis. Terima kasih Kak Norizah di atas info kisah daun maman ini.

Kemarin semasa mak sedara mama pulang ke Kuala Pilah dia telah membelikan mama 3 ikat daun maman. Wah seronok sungguh! Tak sabar nak masak......... Wan (iaitu ibu kepada mak sedara mama) telah memberi resepi memasak daun maman yg paling ringkas. Yelah....baru pertama kali mencuba......resepi Kak Norizah agak berat sikit dan pasti mama akan cuba lagi pada edisi yg kedua..... terima kasih Wan dan Kak Norizah.......Terima kasih juga pada ibu saudaraku yg telah membelikan daun maman ini.

Rendang Daun Maman Ikan Bilis


Bahan2 ini mengikut citarasa sendiri berapa banyak anggarannya tetapi memadailah

Sedikit ikan bilis- mengikut suka sukatan dia
2 ulas bawang putih
1 jari manis kunyit hidup
beberapa tangkai lada padi kampung
(Kesemuanya ditumbuk halus kecuali ikan bilis ditumbuk kasar2)

1 biji kelapa diambil 2 cawan patinya sahaja

Bahan tumbuk dan santan disatukan di dalam kuali dan renehkan dalam api yg sederhana


Renehkan sehingga pecah minyak dan bergentel seperti kerisik

Biarkan sehingga pekat
Cuci bersih daun maman dan toskan airnya
Akhir sekali masukkan daun maman ke dalam kuah rendang yg telah pekat tadi

Aduhhhh...leleh air liur ...........



Mertua lalu belakangpun dah tak nampak ....................











No comments: