Monday, December 15, 2008

Pencuci Mulut Di Adil Adha

Dalam banyak2 puding, puding yg paling mama gemar sekali dalam dunia ialah Puding Sagu nie. Buatnya mudah saja, tak perlu banyak belanja dan tak leceh. Dari kecik sampailah ke tua nie, pantang nampak sagu, cepat aje membeli dan balik terus buat. Simpan dalam peti ais dan makan berulang2 kali. Kebetulan semasa menjelang Hari Raya Adil Adha yg lalu, semasa sedang sibuk membeli barang2 untuk juadah pagi raya, mama terpandang Sagu Biji ni...ada 3 jenis warna, pink, hijau dan putih. Mulalah tekak terasa2 puding sagu nie. Tak berlengah tangan terus mencapai dalam 2 bungkus lebihkurang 1 kg. Emak suruh beli colour pink dan hijau tapi mama teringat masa kecik2 dulu tak ada colour2 lain selain putih dan puding nie pulak digelar dengan nama glamour iaitu Puding Sagu Intan Terabur Mahkota Terhentak di kalangan pihak istana dan bagi kami di sini org kebanyakkan dikenali sebagai Puding Sultanah. Ramai org sekarang kalau membuat kuahnya menggunakan susu cair yg dicampur tepung kastard tetapi mama lebih suka menggunakan pati santan. (Masih ikut stail lama). Ada 2 kaedah dalam penggunaan pati santan. Yg pertama kita boleh menggunakan santan mentah yg tidak bercampur dengan gula melaka tetapi ini tidak tahan lama. Kaedah yg satu lagi kita boleh memasak pati santan bersama gula melaka sekaligus dan cara ini agak tahan lama sedikit dari cepat menjadi basi. Lagi satu penyediaan puding ini semasa dihidangkan hendaklah sejuk barulah sedap. Bagi kami masyarakat Johor nie.....kalau makan makanan yg terhidang sejuk, bukan makanan saja yg harus sejuk, peralatan lain seperti mangkuk, sudu, piringpun harus disimpan dalam peti ais juga untuk disejukkan bersama. Ada terikut ala2 omputih sikit.

Puding Mahkota Terhentak Intan Terabur
Cara Membuat Puding

1 kg Puding Sagu Mata Ikan berwarna putih
Dicuci bersih dan toskan airnya

Jerangkan air sehingga mendidih dalam seperiuk bersama dengan 2 helai daun pandan yg disimpul


Bila air mendidih masukkan sagu dan kacau sentiasa dalam api kecil
Kacau sehingga likat dan berat
Keluarkan dan toskan airnya
Masukkan ke dalam acuan yg berlubang tengah seperti sebuah mahkota
Sejukkan di dalam peti sejuk semalaman
Sejukkan juga bersama2 pinggan dan mangkuk puding serta camca teh

Bila dah sejuk keluarkan dari acuan perlahan2
**************
Cara membuat kuah Puding

Pati santan dari 2 biji kelapa yg diparut putih
2 buku gula melaka dihancurkan
1 cawan gula pasir

Santan, gula melaka, gula pasir dan daun pandan dididihkan
Kacau perlahan2 agar tidak pecah minyak dan biarkan mendidih kemudian sejukkan

Taburkan kismis hitam, kuning, cherry merah dan hijau
Tuangkan sedikit kuah santan ke tengah2 lubang puding


Hidangkan sejuk


Segala kelengkapan ini seperti mangkuk puding dan camca teh juga haruslah sejuk


mmm...... nilah dia intan terabur mahkota terhentak.........bersepai dahhh.......










No comments: