Friday, December 19, 2008

Chef Odeng dan Chef Ajim

Bukan kisah masakan atau resepi yg mama nak ceritakan pada entry kali ni, tapi kisah dan aksi anak bongsu mama yg berangan nak jadi Chef. Hari tuh tak ingat bila tarikhnya, sewaktu menerima kunjungan rakan karib papa dari Kuantan. Ingat tak Sup Beserah dulu.???...ha...Chef Azahar dan isterinya nilah. Kami sama2 makan mlm di The Zon Regency Hotel, lagipun tujuan kami ke sana ialah ingin berjumpa dengan seorang lagi sahabat papa. Mereka bertiga ini ialah kawan karib sewakti di Uitm dulu.

Papa bersama kawan karibnya Chef Shaharudin dan Chef Azahar, Nor isteri Chef Azahar, Anne dan Ajim

Giliran mama pulak bergambar. Auntie Nor tu asik gayut aje...Ada projek besar tuh agaknya


Adik pulak dapat hadiah topi Chef dari Chef Odeng



kesian adik, beriya2 memakai topi Chef


Thank you Uncle Odeng.... bagi Adik topi nie... bila balik rumah nanti Adik nak jadi Chef macam Uncle jugak.....


Esoknya di rumah........
Gaya dan aksi seorang bakal Chef??????






Adik masak Ayam Roast untuk kakak


Dan masak sayur kobis



Masakan Adik lagi sedap dari mama............hahahaha............

Terima kasih kepada Chef Azahar dan Norizah yg sudi melayan kami sekeluarga semasa kami di Kuantan dan tak lupa sangat2 budi baik kalian berdua sama2 menempuh tragedi yg menimpa kami semasa di Trengganu. Harap korang berdua janganlah serik. Semoga kamu suami isteri akan cepat menimang cahaya mata dan beroleh kesihatan yg baik dan semoga berbahagia dan sentiasa mendapat rahmat tuhan. Kami di sini mendoakan agar Chef Azahar sukses dalam lapangan yg diceburi........ Amin.......
Terima kasih juga kepada Chef Odeng kerana berkongsi segala pengalaman memasak bersama mama dan segala ilmu yg ditunjuk ajar dalam masa yg sesingkat pada malam itu sangat berharga buat mama. Insya Allah akan mama manfaatkannya dengan bersungguh2. Kami doakan agar Chef Odeng juga berjaya di dalam lapangan yg diceburi dan kami berdoa agar isteri Chef Odeng akan segera sembuh seperti sediakala dan sehat walafiat dalam masa yg terdekat ini. Semoga Chef tabah dalam menghadapi saat2 kesedihan ini. Hanya Allah saja yg melindungi Chef sekeluarga...Amin......


No comments: