Friday, October 16, 2009
Koleksi Set Bunga Hitam 1
Set ini juga merupakan set teko dan cawan lama di dalam tahun2 1950an dan 1960an mungkin. Mama sukakan bunganya yang nampak klasik gitu. Set ini tekonya mama barter trade dengan Yatt dan cawannya dari Nassir Kedai Antik. Motif corak bunga ini juga sangat popular di suatu masa dahulu.
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Thursday, October 15, 2009
Pemberian Dari Emak
Tea setnya juga lengkap tetapi 2 cawannya entah ke mana
Seperti yang mama janjikan kepada akak Nor64 mengenai set english roses china ni, sorrylah akak, set ni jauh terceruk kat dalam cabinet dan susah sikit nak keluarkan so kene ambil masa sikit nak buat N3 ini. Set ini adalah dari ibuku juga. Set bunga ros ini dibeli sekitar tahun 1970an. Oleh kerana pinggannya berat maka emak hanya menggunakannya sekejap sahaja. Memang beratpun pinggan ini. Emak lebih suka menggunakan pyrex dan arcopal. Dulu mama rasa cuma sekali sahaja pinggan ini digunakan semasa raya tahun bila mama sendiri dah terlupa dan selepas itu emak menyimpannya semula sehinggalah selepas beberapa minggu sebelum mama berkahwin dan sesi membersihkan rumah bermula. Ketika membersihkan dapur, mama terpandang set ini disamping set2 pinggan mangkuk yg lain. Semasa tuh mama cuma beminat dengan set pinggan mangkuk emak yang lebih lama lagi seperti sun crown dan meakin biarpun tak cukup setnya. Tiba2 emak menyuruh juga mama mengambil set bunga ros ini dan dia suruh buat basahan mengenangkan set ini masih lengkap. Ingat lagi kata2 emak ketika itu, amiklah pinggan tuh , banyak lagi tuh.... mak pakai cuma berapa kali jek. Kan keluarga dia ramai nanti boleh buat tukar2 ganti.
Masa tuh mama taklah berapa minat sangat tetapi oleh kerana set ini lengkap maka mamapun bercadang untuk menukar2 ganti sebagai basahan. Maklumlah masa tuh baru nak kahwin dan keluarga suami pulak ramai . Sayang pulak nak pakai yg mahal2. Emak membelinya dengan harga RM90 sahaja satu set.
Set ini puas juga mama buat lasak sehinga dua tahun lamanya dan selepas itu simpan kembali sebab rasa macam dah old fashion pulak. Namun kini mama jadikan sebagai koleksi pinggan2 lama yg kini telah menjadi retro dan yang lebih mama hargai ialah dari pemberian dari ibuku yang tersayang.
Set ini masih lengkap dengan 8 biji pinggan makan, 7 biji mangkuk lauk/sup, 1 mangkuk nasi, 8 biji piring kuih dan 1 platter
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Espresso Cup Koleksi Kesayangan Adik
Tea set ini comel saja bila mama melihatnya. Semasa hunting dengan Yatt dulu, dia menyarankan mama ambil set ini. Comel katanya. Bila balik dan dicuci bersih, memang comel aje. Set ini juga adalah porcelain china pada zaman 1960an. Oleh kerana Kakak sudah ada espresso set bunga rose pinknya maka Adik kata yang daun grapes ini adalah kepunyaannya. So ini adalah koleksi kesayangan Adik. Sukati kaulah nakkkk............
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Cawan-Cawan Dan Teko-Teko Bunga Kangkung
Ini adalah sebahagian koleksi Teko-teko dan cawan-cawan minum kopi dan teh yang bermotifkan dari bunga kangkung. Corak bunga ini sangat popular pada zaman-zaman sebelum merdeka dan juga sehingga kini. Motif corak ini sangat digemari oleh orang-orang Melayu dan Cina suatu masa dahulu. Pada akhir tahun 1980an motif corak bunga kangkung tidak digemari dan digunakan lagi sebagai alatan di dapur, tetapi sekarang ini motif bunga kangkung ini sangat digilai oleh peminat-peminat porcelain antik dan dijadikan sebagai hiasan dan tidak lagi duduk terceruk di para-para dapur. Bagi peminat pocelain antik, mempunyai set motif bunga kangkung ini sebagai satu daripada koleksi wajib mereka dan harganya kini telah melambung-lambung walaupun pada zaman dahulu set ini harganya sangat murah dan mampu milik.
Cawan pemberian emak dan teko adalah dari hasil hunting
Cawan pemberian emak dan teko hasil hunting
Sebahagian teko-teko bermotifkan bunga kangkung
Itulah sebahagian set motif bunga kangkung yang menjadi koleksi kegemaran mama. Set pinggan makan serta mangkuknya pernah dulu mama tunjukkan pada N3 yg terdahulu. Set ini akan disimpan sebagai kenang-kenangan. Sebagaian darinya adalah hasil hunting mama dan sebahagiannya adalah pemberian ipar dan juga diambil dari simpanan emak.
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Wednesday, October 14, 2009
Antique Ice Bucket Kesayanganku
Ice Bucket ini biasanya jarang sekali berada di rumah orang2 kita Melayu, lebih2 lagi cuaca yg panas di tempat kita. Namun di hotel2 memang disediakan ice bucket ini. Ice bucket fungsinya digunakan untuk menyimpan ketulan ais dan dibubuh ke dalam minuman keras. Di negera2 yang meMEGAHkan minuman keras ini memang terdapat berbagai2 rupa dan bentuk ice bucket yang direka untuk menarik perhatian. Ice bucket telah wujud sejak sekian lama dulu. Ianya berubah bentuk mengikut peredaran zaman dan masa.
Mama bukanlah peminat ice bucket ini tetapi beberapa tahun dahulu semasa membeli belah di carboot sale di Colwick Nottingham, mama terpandang ice bucket ini, pada mulanya ingat itu adalah bekas menyimpan alat jahitan dan bila dibelek2 ianya adalah ice bucket. Cantik dan unik sekali bentuknnya. Tanpa berlengah mamapun mendapatkannya dengan harga yang amat murah sekali iaitu 50 pence. Ice bucket ini mama masih simpan sehingga kini dan tak pernah menggunakannyapun.
Paling suka penutupnya
Keadaan di dalamnya masih baik berserta dengan tongs nya sekali.
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Tuesday, October 13, 2009
Cawan Jade Hijau Hadiah Nenek Di Hari Raya
Pagi2 rayapun mama sempat hunting lagi tau. Hunting cawan lama ini di raya pertama di rumah Nenek. Sebenarnya cawan warna Jade ini sejak dari kecil lagi mama dah nampak kat rumah nenek, tak pernah berganjakpun dari dalam gerobok cermin slidingnya. Cawan Jade hijau ini memang paling mama tak suka kerana sangatlah tak cantik bagi mama. Semenjak mama kecil, nenekpun tak pernah lagi menggunakan cawan ini dan ianya terperap begitu sahaja. Dulu2 bila ikut emak ke rumah kawan2nya, bila dihidangkan dengan cawan ini, mama cukup tak suka. Tak taulah kenapa. Macam biga aje aku tengok. (Ayat yg selalu digunakan oleh orang Johor). Rata2 semasa mama kecil cawan ini kerap digunakan orang sebagai hidangan miuman buat tetamu sehingga masuk tahun 80an ianya macam dah pupus dan tidak digunakan. Sehingga pada waktu ini, ketika ini barulah mama mula berkenan dah menggendeng dari nenek. Ada 8 pcs semuanya tetapi nenek memberikan 4 pcs kepada mama sebagai hadiah di pagi raya. Terima kasih Nenek, akan ku jaga pemberian Nenek ini dengan sebaik mungkin. Nenek telah membeli cawan ini dari ibu saudaraku yg dulunya menadi agent menjual pinggan mangkuk. Cawan ini dibeli pada pertengahan 1960an.
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan
Monday, October 12, 2009
Tea Set Sun Crown 2 Warna Pink Lembut
Set ini bentuknya lebih kurang kepada set meakin rosa England yg juga popular pada tahun2 1960an tetapi ini adalah keluaran Sun Crown Japan.
Mama suka set ini kerana warnanya yg lembut dan feminin serta bentuknya yg gedempol. Cute aje.
Labels:
Antik Dan Koleksi Kesayangan















