Tuesday, September 23, 2008

Ikan Kering Kurauku dicuri Kucing

Memang sedap betul rasa nak buka puasa dgn Sayur kailan goreng ikan masin. Tup tup rendam ikan masin tetiba tengok lesap. Pi belakang nampak seekor kucing tengah bunting sedang membaham ikan kering kurau mama. Dahler tak ada rezeki. Siann dia..... So jadiler sayur kailan rebus sos tiram

Segenggam udang kering direndam dan ditumbuk halus (pesal camera jadi mcm nie??)

1 labu bawang putih ditumbuk halus
2 cm halia muda

Tumis bawang putih, halia dan udang kering serta lada merah ditumis
(ha...upanya tak on cahaya)


Masukkan sos tiram, sedikit tepung jagung dan bubuh sedikit air....kacau...

Curah ke atas sayur kailan yg telah dicelur terlebih dahulu dan kemudian titikkan sesudu minyak bawang putih.....makan........


Resepi mudah buka puasa

juadah berbuka puasa bagi org yg bekerja dan tak sempat selalu. mari sini makan Ikan selar besar masak tauchu

1 labu bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
2 batang serai dimayang
2 biji lada hijau dimayang
2 biji lada merah dimayang
3 cm halia dihiris memanjang


3 biji tomato yg belum cukup merah dipotong baji

seekor ikan selar besar digoreng

3 ulas bawang kecil
2 uas bawang putih
1 cm halia
(kesemuanya ditumbuk)

Tumis bahan tumbuk


1 mangkuk kecil tauchu


masukkan tauchu ke dalam bahan tumis dan diikuti dgn bahan hiris, bubuh garam tak perlu bubuh garam kerana tauchu sememangnya telah masin. Akhir sekali masukkan tomato


tuang ke atas ikan dan siap utk hidangan berbuka puasa





Ayam Lagi

Apa kata bulan2 puasa nie kita cuba tukarkan menu ayam goreng pulak. Bagi mama yg mempunyai 2 org ank yg sedang belajar puasa dan utk menggalakkan mereka berpuasa disini mama nak tunjukkan cara membuat ayam goreng mudah. Ayam adalah makanan kegemaran anak mama. Sebenarnya resepi ini adalah dari bekas pembantu rumah mama. Resepi dari Jawa Tengah.

Ayam Goreng Kalasan
Sebiji air kelapa muda


4 ulas bawang putih diketuk bersama kulitnya dan sesudu teh bicarbonate of soda
Seekor ayam direbus bersama air kelapa, bawang putih dan bicarbonate


Rebus sehingga air kelapa kering ataupun susut. Sesudah itu toskan

Ayam dilumur sedikit garam dan goreng macam biasa

Hidangkan utk anak2....rasanya enak bangat donggggggg!!!!!!!!





Monday, September 8, 2008

Ala-Ala Restaurant Kenny Rogers Di Rumah Mama

Kalau nak makan ayam ala2 Kenny Rogers tu silalah salin resepi nie ya..... Puasa nie tak leh ckp byk2 letih. Kang salah ckp batal lak puasa mama....Baik berwirid byk2 kan.hahahha........ Oklah jom jamu mata berbuka puasa di teratak mama.....

Ayam Rosemary ala-ala Kenny Rogers
Mula2 kite rebus sebiji lemon, kalau kecik kita rebus 2 biji sehingga lembut
Kemudian kita buangkan airnya dan cucuk2 dgn garfu sehingga mengeluarkan jus


Sumbatkan lemon tersebut ke dalam perut ayam yg telah kosong. Tolak dalam2 dgn garfu sehingga ke atas sekali. Lebihan jus tadi bolehlah kita siram ke dalam perut ayam tersebut

Sedikit Rosemary kering dan sedikit minyak zaitun

Rosemary kering dicampurkan bersama minyak zaitun
Tumbuk kasar lada hitam


Dan 1 labu bawang putih (bawang putih, lada hitam disatukan bersama rosemary tadi dan perap sekajap 10 minit)

Sementara itu kita rebuskan 1 batang carrot bersama 3 biji kentang (Cuba dptkan baby carrot dan baby potato sehingga empuk)
1 pokok brokoli sedang dipotong2
2 biji tomato dipotong baji

1 tin young corn (jagung muda)

2 labu bawang sederhana bsr

1 tin cendawan butang (button mushroom)
Kesemua nya disatukan apabila telah menggaulkannya bersama rosemary tadi

(Sebahagian carrot, kentang, cendawan, jagung, bawang, tomato, brokoli di gaul bersama rosemary tadi dan disumbatkan ke dalam perut ayam dan selebihnya kita simpan utk dibubuh di luar ayam pd 10 minit terakhir pembakaran)


samada jahit perut ayam tersebut ataupun cuck2 dgn lidi agar segala apa yg kita sumbat didlm tdk terkeluar. Lebihan rosemary tadi kita lumur serata badan ayam yg mungil tu.kaki ayam tu pun kita cucuk dgn lidi agar ianya melekat pd badan.


Bakar1 jam atau sehingga kekuningan


pada 10 minit terakhir kita taburkan sebahagian buah2an sayuran tadi

Ayam yg telah siap dibakar

Dan bersedia utk di bedal....Tengok...perut dia mama dah belah...nampaklah segala isi di dalam tuh..... dan makanlah sepuas2nya.....mmmmmm sedap...Anne boleh makan sebelah tu sampai habis dan yg sebelah tu terpaksa mama, papa dan Adik kongsi sama2.....
Selamat mencuba...











































Friday, September 5, 2008

Hitan-hitam Si Tampuk Manggis

Bulan2 puasa nie kalau ada sesiapa yg bekerja tapi teringin gak nak masak cubalah resepi nie. Senang dah mudah aje. Sebelum pegi keje tuh korang bolehler perapkan ayam nie. Lepas tuh bila balik terus aje goreng dan buat macam yg mama ajarkan nie.....Resepi nie adalah hasil dari cetusan idea mama sendiri tau....

AYAM MASAK HITAM MANIS
Satu sudu besar ketumbar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
1 labu bawang sederhana bsr
6 ulas bawang putih
3cm halia
Kesemuanya ditumbuk halus
dan dilumurkan pada ayam dan perap 8 jam
Bahan A
1 jari kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
4 ulas bawang kecik dihiris
Bahan B
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inchi halia

Bahan 3
2 sudu besar serbuk kari ayam

Tumis bahan1, bahan 2 dan masukkan bahan 3


Masukkan 1/2 mangkuk kicap


Masukkan 1/2 mangkuk tomato sos


Masukkan 1 sudu besar sos tiram

Masukkan sedikit air agar ia tidak kering dan bila kuah dah mendidih masukkan ayam balikkan dan matikan api lalu tabur dengan cili padi


mmmmmmmm...................silalah santap wahai kawan2............................
Selamat berbuka puasa.................