Monday, January 4, 2010

Adik, Mama dan Januari







Hari ini genap umur Adik 8 tahun. Adik dilahirkan pada pukul 6.59 petang dengan berat badan 2.4 kg dan panjangnya 59". Tak sampai setengah jam duduk di dalam labour room maka Adikpun tak sabar2 nak keluar. Alhamdulillah Adik lahir sempurna dan sehat. Sehingga kini Adiklah yg banyak menceriakan hidup kami sekeluarga dengan telatah dan kerenahnya. Mama, Papa dan Kakak amat menyayangi Adik. Semoga Adik menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan Adik.


















Disinilah mama membaringkan Adik ketika pertama kali Adik pulang ke rumah dari hospital tetapi kata Papa macam tak sesuai Adik dibaringkan di atas alas baby yg lembut ini kerana Adik seorang baby lelaki. Alas baby ini adalah kepunyaan emak untuk anak2 nya dan kakak adalah org pertama sekali yg baring di atas alas ini semasa beliau dilahirkan pada 1966. Emak menyimpannya dan menggunakan untuk mama pada tahun 1974, selepas itu dan mama juga menggunakannya untuk Kakak dan Adik pada 1999 dan 2002.






















Topi mama semasa mama dilahirkan dan emak yg mengaitnya sendiri. Kata emak semasa pulang dari hospital emak menggunakan topi ini utk mama sehingga Doktor menegur emak....kata Doktor ....tak sabar emak nak melaramkan baby.....Topi ini emak simpan dan beri kepada anak perempuan mama. Dan changing Mat gambar kartun2 itu adalah kepunyaan Adik dan juga sehingga kini mama masih menyimpannya.
Adik dan Mama punyai bulan kelahiran yg sama. Lewatnya cuma sehari saja.

No comments: