Wednesday, November 25, 2009

Resepi dari Tok Wan

Sudah berapa hari tak update blog mengenangkan kesibukkan kini. Baru2 ni mama ada memasak sejenis masakan kampung tapi bukan masakan Johor. Sedap juga rasa tekakku ini tetapi tidak pada anak2 dan mungkin juga pada suami. Namun suamiku bukanlah seorang yang suka komplen itu dan ini, walau tak sedap dia tetap akan makan dan berterima kasih dan makan dalam cuma kuantiti yg sedikit sahaja. Jika sedap dia akan beulang2 kali bertambah. Bila mama tanya sedap ke tak dia kata alhamdulillah saja. Anak2 saja tanya kenapa lauk ni lain macam. Padaku sedap aje sebab ada rasa masam2 pedas. resepi ni mama dapat dari Tok Wan, iaitu emak kepada Mak Busu mama. Tok Wan ialah orang Negeri Sembilan dan suaminya pula orang Perak.
Dengan tunjuk ajar hanya di telefon maka mamapun mencubalah memasak cara yang diajarkan oleh Tok Wan.
Asam Rebus Gulai Tempoyak


1 ekor ikan jelawat dibasuh bersama air beras dan lumurkan garam dan asam (biar seketika kemudian cuci lagi bersih2 dan perhkan sedikit limau nipis
1 mangkuk kecil tempoyak
1 batang serai dititik
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 buku halia sebesar ibu jari*
1 buku kunyit sebesar jari telenjuk*
5 batang lada merah*
3 batang lada padi (jika suka)*
(kesemua bahan * ditumbuk halus)
Kesemua bahan ini disatukan dan di dalam periuk bersama air dan jeranglah sehingga masak. (jika tempoyak masih baru masukkan sekeping dua asam gelugur tetapi jika tempoyak telah agak lama tidak perlu dimasukkan asa gelugur kerana rasa tempoyak telah masam. Jika suka boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan.

Hidangkan bersama nasi putih dan makan panas2

Hidangan tengahari pada Sabtu lalu



4 comments:

nor64 said...

askm zu, masakan ni sgt popular di tmpat akak..kat sini masak ikan patin sungai asam tempoyak...makanan paling popularr...mgkn ada bahan2 yg berlainan sikit tapi tetap asam rebus ...2 hari lepas kak dah baking roti beludar tuu..gebusss x smpt pulak ambk gambo ..lainkali kak buat ye...ptg ni kak balik N.S..raya kat sana..offline ya..slmt hari raya aidil adha ya..

nor64 said...

askm..selamat hariraya korban. zu masakan asam ni sgt populr di tmpat kak ni..masak asam tempoyak ikan patin....ikan patin byk dibela dalam sungai tapi terkurung dalam sangkar...mcm ikan sungailah...kalau ka dah mula makan ikan patin ni ...terus jatuh cinta hihi..ohya akak dah buat roti beludar Johor tu..fulamak gebussss..tq zu..

nor64 said...

askm..selamat hariraya korban. zu masakan asam ni sgt populr di tmpat kak ni..masak asam tempoyak ikan patin....ikan patin byk dibela dalam sungai tapi terkurung dalam sangkar...mcm ikan sungailah...kalau ka dah mula makan ikan patin ni ...terus jatuh cinta hihi..ohya akak dah buat roti beludar Johor tu..fulamak gebussss..tq zu..

Mama Vogue said...

Wasalam Akak Nor.


Wah sedapnya bila dengar ikan patin. Akak berilah resepinya yg popular ditempat akak tuh saya nak mencubanya sgt2. Biras saya abangnya yg dok di mersing selalu memancing ikan patin tau dan pernah diberi pd saya. sedap dan lembut isinya tapi yg dipasar saya tak pernah beli. Lah sayangnya akak tak amik gambar buat beludar tuh. tentu akak punya lagi sedap sebab akakkan guru masak. cayalah akak.