Tuesday, November 3, 2009

Mahashi Terung Dan Tomato

Di Johor ini kebanyakkan masakannnya dipengaruhi oleh masakan Arab, Jawa dan Eropah. Banyak yang dipelbagaikan suatu masa dahulu dan sekarang ini mulai jarang ditemui kecuali di rumah nenek-nenek dan emak-emak kita yg telah berusia. Satu masakan yang agak popular juga di Johor Bahru yang amat kami sekeluarga gemari salah satunya ialah Mahashi. Mahashi ini diperbuat dari daging kambing dan disumbat ke dalam terung, mentimun, tomato yg baru hendak masak, peria, bawang kuning dan biasanya orang Arab mereka membalutnya dengan daun anggur bersama2 dengan daging kambing yg dicampur bersama nasi. Cara itu di lain masa jika ada kelapangan, mama akan membuatnya.
Kali ini mama akan membuat N3 pasal Mahashi terung bersama tomato yang dimasak dengan menggunakan dengan sedikit rempah kari. Di Johor Bahru, terung yg berwarna purple dipanggil terung biru. Terung yg digunakan mama ialah terung hijau yg hampir kepada biru.
Resepi Mahashi Terung dan Tomato

1 camca teh jintan manis
1 inchi panjang halia
dan tumbuk halus bahan2 ini

1 buku bawang besar dipotong dadu
dan gaulkan bersama bahan tumbuk di atas
1 pelepah daun saderi
satu pelepah daun ketumbar
daun2 ini dicincang halus

225gm daging kambing dicincang halus ataupun dikisar
Gaulkan bersama bahan2 diatas


3 batang terung dibuang separuh tangkainya kemudian kerat bahagian kepalanya kira2 1 1/2 inchi dan dikorek buangkan isinya. Sumbat daging ke dalam terung yg telah dikorek.



Isi sehingga padat. Kemudian cantumkan semula dan semat dengan lidi. Begitu juga dibuat pada tomato.
Cara memasak rempahnya



1 tin kecil santan atau susu cair
Minyak sapi untuk menumis
1 buku bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 pelepah daun saderi
1 pelepah daun ketumbar
4 butir cengkih
4 butir buah pelaga
1 inchi kulit kayu manis
1 camca serbuk lada putih
garam secukup rasa
Jika suka boleh dimasukkan 2 sudu besar rempah kari atau 2 sudu besar tomato sauce agar kuahnya menjadi kemerah2an
Tumiskan bawang yg telah dimayang sehingga layu kemudian masukkan susu atau santan, garam dan air sedikit. Selepas itu masukkan lada putih.

Bila telah mendidih masukkan terung dan cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Biarkan terung sehingga empuk. Selepas itu barulah masukkan daun saderi dan daun ketumbar. Biarkan mendidih perlahan2 hingga terbit minyak barulah diangkat. Dalam masa memasak ini hendaklah selalu dibalik2kan agar rata masaknya.





mahashi terung dan tomato sedap dimakan bersama pelbagai jenis nasi dan juga roti


Rupa isi daging yg berada di dalam terung setelah dimasak







Peringatan :


Daging yg dicincang boleh juga digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak dan bila kering bolehlah dibubuh ke dalam terung apabila telah sejuk.















































No comments: