Bukan sahaja Ayam Hutan yg diberikan oleh biras mama tetapi juga Ikan Toman. Walaupun rasa ikan toman tidak berapa sedap tetapi oleh kerana masih fresh lagi jadi rasanya sedap jugaklah dan sangat lemak. 1st time jugak makan ikan ni. Apa lagi, masak lomak cili api ajelah. Benar kata seorg kawan cyber mama, Aryana...... rasa ikan air tawar yg dibela dengan yg ditangkap sendiri di sungai sangat berbeza. Rasanya tak hanyir walaupun baru dipancing dari sungai. Kata Yana lagi Ikan toman yg besar rasanya kurang sedap dan sebab itulah mama pilih yg sedang aje.
1 ekor ikan toman
2 buku kunyit hidup
cili padi
garam mengikut rasa
ditumbuk lumat
2 biji santan pekat
Kesemua bahan dimasukkan ke dalam periuk tanah dan renehkan dengan santan kemencar ataupun santan yg dah diperah kali ke2
Akhir sekali masukkan santan pekat
Bubuh 2 keping asam gelugur
Siap utk makan tengahari
2 comments:
tengok masakan akak ni terliur la
jemputlah makan nassir
Post a Comment