Thursday, May 28, 2009

Pinggan Dan Piring Hiasan

N3 kali ni bukan berkisar tentang pinggan makan lama atau antik, tetapi tentang pinggan hiasan di dinding. Pemandangan yg terdapat pada pinggan dan piring koleksi mama adalah berkisar pada kehidupan, kebudayaan dan tamadun negara tersebut. Mama dan hubby sangat suka mengumpul piring, pinggan, cawan, mug dan gelas serta apa2 sahaja hiasan apabila kami melawat ke sesebuah negara. Koleksi di bawah ini telah hampir 15 tahun kami simpan. Ianya adalah koleksi kenangan semasa kami berada diperantauan.



Ini adalah gambar sebuah bangunan serta pemandangan di sebuah taman antara yg terindah di Milan Italy. Di sini terdapat sebuah tasek yg sungguh menenangkan perasaan.
Logo Di Como Villa Carlton.



Ini pula adalah pemandangan di Kota London yg menampakkan Houses Of Parliment serta Big Ben. Pemandangan yg di sketch kemudian di copy pada sebuah piring kecil damar. Paling murah sekali. Dibeli di sepanjang Oxford Street dengan harga £1 saja.


Ini pula pinggan yg menunjukkan daerah di Blackpool England tetapi mama dapatkan pinggan ni bukan di Blackpool. Mama dapatkannya di car boot di Guildford. Besar tau car boot dia. Kat tengah2 padang besar. 3 jam berjln roundpun tak habis. Banyak jugak yg dapat diborong disini selain kristal dan entah apa2 lagi. Hehehe..... harganya cuma £2.50 tetapi oleh kerana mama telah menyelamatkan sebiji vase bunganya dari tumbang so Maam tu kasilah mama dengan harga 50p...mcm 50 posen lah gitu. Masa tuh dalam RM2.40. Mama dan hubby siap kiralah. Berdekah2 kitaorg ketawa.



Ha...... yg ini pinggannya sama juga macam diatas. Blackpool jugak tetapi ini betul2 beli di Blackpool. Blackpool ni kiranya kota kerianganlah. Mamat2 sukalah lepak sini dapat tengok minah omputih berbogel dalam musim panas. Menyengat kulit kalau musim panas. Panas dan kering. Tapi masa tu beli dengan harga yg agak mahal jugak.......



Ini pula berkisar pada kehidupan dan kebudayaan masyarakat Ireland serta kota2 kemegahan mereka.



Begitu juga dengan Peniscola yg menunjukkan betapa gahnya bagunan2 lama dan istana2 lama mereka














Dan kelapan2 piring dan pinggan di atas pula meunjukkan daerah, nama tempat, sejarah, kebudayaan dan persekitaran. Pinggan petalah senang cerita. Melihat pada pinggan2 ini dapatlah kita mengetahui sedikit sebanyak cerita sejarah dan kebudayaan sesebuah daerah itu. Begitulah kisahnya.


Pinggan ini pula menunjukkan persekitaran di Norfolk Broads. Kat belah mana ntah pemadangan ni. Masa melawat ke sini dulu tak nampakpun sungainya dengan kapal layar merah ni. Kincir tuh adalah nampak.


Dan yg ini adalah gambar pemandangan sebuah kincir air di sebuah desa pedalaman. Mungkin gambar ini adalah pemandangan pada kurun ke 18 agaknya. Pinggan ini mama beli di Amsterdam. Tak ingat pulak berapa harganya tetapi murah sikit sebab terdapat kesan comot warna biru disebelah bawahnya.


Sempat berposing depan kedai pinggan hiasan ini. Bukan apa hanya menggayakan Dutch Wood Clogs of Holland.


Dan akhir sekali pinggan ini dihadiahkan oleh emakku yang tersayang. Tak tau dibeli dimana......
daaaa.....












































































3 comments:

jaketbiru said...

nanti nide postkan gambar-gambar di atas pinggan yang dibuat semasa melawat sesuatu tempat... good idea aaa mama ni..

p/s mama sehat ek??.. kandungan ok ker??.. miss u

Mama Vogue said...

Hi Nide....... apa kabar lama x nampak ekk..... Alah Nide saje je ni santai2 tak ada benda nak buat. Nide tak tau citer ke?

jaketbiru said...

bedebar ni mama.. cerita apa nihh???