Friday, May 8, 2009

Lagi resepi roast chicken

Hari tu....semasa adik pulang dari sekolah, terus dia suruh mama buat chicken roast pulak. Pantang tengok mama ada rumah...... Tapi mama suka sangat bila Adik bersuara nak makan ....sebab Adik ni jarang nak makan sungguh2. Kebetulan mama tengah perah lemon, ingatkan nak minum jus lemon. Terus batalkan niat nak minum jus lemon sebab betul2 lemon tinggal sebiji. Kalau mama buat jus untuk mama maka roast chicken Adik dapat buat esok. Bahan2 lain pun dah ada so dapatlah Adik makan Roast Chickennya.

Sebiji lemon kuning diambil airnya sahaja
Susu segar rendah lemak 280ml

butter dicairkan dan jadikan 280ml

1 biji bawang kuning sederhana besar dipotong dadu
1 camca lada hitam (dilumatkan)
1 camca thyme
1 camca italian seasoning

6 keping roti putih dipotong 4

Susu, jus lemon, butter yg dicairkan, bawang, thyme, italian seasoning, lada hitam digaul sekata
Gaul bersama roti yg dipotong
Sumbat bahan2 ini ke dalam perut ayam dan jahitlah perut ayam

Lebihannya disapu pada kulit luar ayam
Perap 1 jam
(Kalau dapat perap semlman lagi sedap tapi mengenangkan Adik nak makan cepat jadi mama cuma perap 1 jam sahaja)

Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah. Selepas 1/2 jam sapukan lagi lebihan sos tadi ke badan ayam dan biarkan sehingga ayam benar2 masak. Semasa pembakaran ini ayam akan mengeluarkan minyak2 dan minyak itu kemudian bolehlah disapukan semula ke badan ayam semasa menghidang


Sementara itu rebuskan sebiji kentang dan sebatang carrot. Potong dadu dan gaulkan bersama lebihan sos tadi


Apabila ayam telah masak keluarkan dan masukkan ayam ke dalam mangkuk atau loyang secara terlentang. Taburkan kentang dan carrot disekeliling ayam. Bakar lagi selama 10 minit.


Curahkan minyak yg menitik ke dalam loyang pembakar semasa memanggang ayam ke atas badan ayam jika suka
Belah ayam mengikut suka

Adik siap pilih nak drumstick, kentang, carrot dan roti yg disumbat dalam perut ayam tadi....
Hidangan ini boleh dihidangkan sejuk atau panas. Jika menghidang panas perlu diketahui pinggan hidangan serta pisau dan garpu juga harus dipanaskan sebentar, tetapi jika menghidangkan sejuk, pinggan pisau serta garpu juga harus dimasukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu sehingga sejuk barulah dihidangkan bersama. Itulah typical English style bila makan Roast Chicken ini.












1 comment:

WAN ZARINA said...

wah ! sedapnya..sungguh menyelerakan..:))