Saturday, January 3, 2009

Ingatan Yang Paling Berharga

Apakah Ingatan Yang Paling Berharga dalam hidup kita...tentunya ingatan kasih sayang setiap masa dari orang2 yg kita sayang lebih2 lagi di hari bersejarah kita iaitu HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN. Bagi mama setiap menjelangnya ulang tahun kelahiran tak perlulah di adakan secara besar2an dan hadiah yg mahal2, cukuplah sekadar ingatan yg lahir dari hati yg ikhlas yg disampaikan melalui kad2 ucapanpun sudah memadai, tetapi kalau orang nak beri tandahati sebagai ingatan dan kenang2an, mama terima dengan besar hati.

Suatu malam pada 2hb Januari, 2009, ketika mama sedang sibuk mengadap PC, tiba-tiba adik masuk ke bilik dan meletakkan secebis kertas berwarna merah di atas meja PC......Mama... this is for U ... I did it for you....your Birthday tomorrow. My heart for mama....... Ya Allah barulah mama perasan bahawa cebisan kertas merah itu adalah berbentuk heart shape. Tetiba2 hati mama tersentuh...terharu ada gembirapun ada......terharu sebab Adik menggunakan kreativitinya sendiri untuk memberi hadiah pada mama. Adik expresskan kasih sayangnya pada cebisan kertas merah yg dibentukkannya sendiri. Adik memang kreatif, semuanya kalau boleh Adik nak buat sendiri, Adik juga selalu expresskan perasaannya melalui lukisan2nya. kalau Adik sedih dia akan melukis dirinya sendiri dengan wajah sedih dan menunjukkan pada mama.... Look here mama...Adik sad....Adik cry.


Hadiah dari Adik
Selain dari Adik, Kakak juga tak lepas peluang untuk menyampaikan salam ingatannya pada mama......Kakak nie bukan hadiah saja yg diberi, malah berserta dengan duit sekali. Selalu Kakak pesan, mama kena jimat cermat dan simpan duit banyak kat bank, nanti mama tua akan hidup senang.....Tu adalah slogan kata kakak yg diwarisi dari papa...... Patutlah kemarin masa Hari Raya Haji kakak dapat duit raya bila mama mintak nak masukkan bank, kakak mintak separuh, dia kata.... mama can I have RM30. Bila mama tanya dia nak buat apa dia kata want to keep myself. Barulah mama tau duit tu dia nak beri pada mama sebagai hadiah hari jadi. Satu perangai kakak setiap kali dia dapat duit raya ke duit apa ke tak banyak sikit dia akan berikan pada mama. Puas mama menolak dia akan memaksa dan menangis. Emak selalu pesan kalau ank bagi ambil saja dan kemudian simpankan dalam simpanannya semula secara diam2. One thing yg mama respect kat kakak nie, kakak pandai simpan duit. Kalau duit sekolah mama beri dia akan bawak balance balik RM0.50 dan kumpul sampai sebanyak mana......Lepas tu kakak akan kira hari2 duit dia...dan cakap...Look Adik ...kakak kaya....kakak ada banyak duit...nanti adik pulak menangis.....cakap.... kakak ada banyak duit tapi adik tak ada...hahahhahahha.......gelihati mama.



Hadiah dari kakak sepasang anting2 dan duit RM30.
Dan tentunya dari Hubby.......2 set neclace buat mama dan duit....jumlah dia tut..... tak leh bagi tau sini.....rahsia......





Dan yang paling mama suka sekali ialah.......kad2 ucapan dari anak2 dan Hubby....lucu pun ada....terkesan dalam hatipun ada......apapun mama nak ucapkan terima kasih kepada putri dan putra mama di atas tanda kasih sayang dan ingatan...buat hubby juga terima kasih banyak yg tak terhingga dan salam kasih sayang....kalian adalah degupan jantung mama........
Tertarik dengan kajian mengenai bulan dan sikap org2 yg lahir dalam bulan Januari, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

*Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
*Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
*Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
*Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
*Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
*Pandai mengambil hati orang lain.
*Pendiam kecuali telah dirangsang.
*Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
*Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
*Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
*Cukup sayang pada kanak-kanak.
*Suka duduk di rumah.
*Setia pada segala-galanya.
*Perlu belajar kemahiran bersosial.
*Sifat cemburu yang sangat tinggi

No comments: